Pokémon: The Mastermind of Mirage Pokémon

The Mastermind of Mirage Pokémon (戦慄のミラージュポケモンcode: ja is deprecated , Senritsu no Mirāju Pokemon) ialah sebuah episod istimewa sejam untuk siri anime Pokémon dihasilkan sempena ulang tahun kesepuluh francais tersebut. Ia pertama kali ditayangkan di Kids' WB! pada 29 April 2006. Ia kemudian boleh didapati dalam bentuk DVD di Amerika Syarikat pada 19 September 2006 sebagai cetera khas dalam keluaran 2-cakera Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew. Di Jepun, filem khas ini boleh dimuat turun sebagai 戦慄のミラージュポケモン di laman rasminya pada 13-31 Oktober 2006.

Terbitan khas ini menandakan buat pertama kalinya penerbitan bahasa Inggeris diuruskan oleh Pokémon USA dan TAJ Productions bukannya 4Kids Entertainment, yang bertanggungjawab dalam semua perlesenan Pokémon kecuali permainan videonya, dan permainan kad di luar Asia sejak 1998 hingga 2005. Kesannya, versi bahasa Inggeris ini dilakonkan oleh pelakon suara yang baru kesemuanya kecuali Rodger Parsons sebagai pengisahnya.

Perubahan ini telah menjadi kontroversi dalam kalangan sesetengah peminat. Diumumkan di San Diego Comic-Con 2006 yang versi baru dalam bentuk DVD akan diperbaiki berbanding versi TV, dengan dialognya dirakam semula selepas pelakon baru menyesuaikan dengan watak mereka setelah Ash diberi pelakon suara baru Sarah Natochenny.

  • l
  • b
  • s
Filem-filem Pokémon
Siri asal
Mewtwo Strikes Back  · The Power of One  · Spell of the Unown  · Pokémon 4Ever  · Pokémon Heroes
Advanced Generation
Jirachi Wish Maker  · Destiny Deoxys  · Lucario and the Mystery of Mew  · Ranger and the Temple of the Sea
Diamond & Pearl
The Rise of Darkrai  · Giratina and the Sky Warrior  · Arceus and the Jewel of Life  · Zoroark: Master of Illusions
Best Wishes /
Black & White
Black — Victini and Reshiram & White — Victini and Zekrom  · Kyurem vs. the Sword of Justice  · Genesect and the Legend Awakened
XY
Diancie and the Cocoon of Destruction  · Hoopa and the Clash of Ages  · Volcanion and the Mechanical Marvel
Siri Garis Masa Berlainan
I Choose You!  · The Power of Us  · Koko
Terbitan istimewa
Mewtwo Returns · The Mastermind of Mirage Pokémon
Laga hidup