Politeknik Kota Bharu

Politeknik Kota Bharu
MotoTogether We Make PKB No.1
Pengarah terkiniEn Kamaludin Bin Daud
Timbalan Pengarah (Akademik)Tn Hj Azahan Bin Hj Daud
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)En Saifuddin Semail
LokasiKetereh, Kelantan
Laman web[1]

Politeknik Kota Bharu Politeknik Kota Bharu (PKB) ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan politeknik ke-4 daripada rangkaian Politeknik Malaysia. Pada awal penubuhannya, PKB beroperasi di SMT Bunut Susu Pasir Mas dan berpindah ke kampus tetap apabila kampus dengan keluasan 109 ekar di Pangkal Kalong, Kok Lanas Kota Bharu siap sepenuhnya pada tahun 1988. Kami menawarkan 13 program pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Tempoh pengajian adalah 3 tahun (6 semester) dan pelajar diwajibkan menjalani latihan industri pada semester akhir. Dengan ini, pelajar mendapat pendedahan tentang persekitaran kerja sebenar disamping meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Kami juga melaksanakan program di bawah Time Sector Privatisation (TSP) iaitu Kursus Jangka Pendek dan Kursus Terlanggan. Semua program pengajian yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan MQA dan badan-badan profesional.

Sejarah

Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu , Kelantan. Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke kampus kekalnya pada tahun 1988 di Kok Lanas, Ketereh. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 400 orang dengan 44 orang tenaga pengajar. Kini PKB mempunyai 5787 orang pelajar dengan 374 orang staf akademik dan 74 orang staf bukan akademik.

Fakulti/Jabatan

Jabatan Akademik :

  1. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  2. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jabatan Kejuruteraan Awam
  4. Jabatan Matematik, Sains & Komputer
  5. Jabatan Perdagangan
  6. Jabatan Pengajian Am
  7. Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan
  8. Pusat Penyelidikan Dan Inovasi ( CRI )
  9. Unit Jaminan Kualiti & Dokumentasi
  10. Unit Peperiksaan
  11. Unit Perhubungan & Latihan Industri

Jabatan Sokongan Akademik :

  1. Jabatan Hal-Ehwal Pelajar
  2. Unit Keusahawanan
  3. Unit Pembangunan & Senggaraan
  4. Unit Pengurusan Psikologi
  5. Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia
  6. Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
  7. Unit Sistem & Teknologi Maklumat
  8. Unit Perpustakaan
  9. Pengurus Kolej Kediaman

Visi

Peneraju TVET Dipacu Industri Menjelang 2025

Leader in Industry-LED TVET Institution by 2025

Misi

Memperkasa TVET dalam melahirkan graduan holistik,

berciri keusahawanan dan Inovatif bagi memenuhi kehendak industri


To Empower TVET in Developing Holistic,

Entrepreneurial and Innovative Graduates to fulfill the Needs of Industry

Piagam Pelanggan

  1. Pelajar bergraduat dengan program pengajian yang telah memperoleh Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Badan Profesional.
  2. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
  3. Keputusan peperiksaan dimaklumkan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.
  4. Penyeliaan dan pemantauan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri dilaksanakan pada setiap semester.
  5. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja selepas aduan diterima.

Slogan

Together We Make PKB #1

Kelab/Persatuan

Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB)

Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu (PAPKB)

Lihat juga

  • Politeknik
  • Pendidikan Malaysia

Pautan luar

  • Laman rasmi Politeknik Kota Bharu
  • l
  • b
  • s
Politeknik di Malaysia
Politeknik
Politeknik Ungku Omar • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Politeknik Kota Bharu • Politeknik Kuching Sarawak • Politeknik Port Dickson • Politeknik Kota Kinabalu • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Politeknik Ibrahim Sultan • Politeknik Seberang Perai • Politeknik Melaka • Politeknik Kuala Terengganu • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Politeknik Merlimau Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Sultan Idris Shah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Politeknik Muadzam Shah Politeknik Mukah • Politeknik Balik Pulau Politeknik Jeli Politeknik Nilai Politeknik Banting Politeknik Mersing • Politeknik Hulu Terengganu Politeknik Sandakan Politeknik Pagoh • Politeknik Tawau •
Politeknik METrO
Politeknik Metro Kuala Lumpur •Politeknik Metro Johor Bahru •Politeknik Metro KuantanPoliteknik Metro Tasik Gelugor •Politeknik Metro Betong •