Pusat Perubatan Jerudong Park

Pusat Perubatan Jerudong Park
Geografi
LokasiJerudong, Brunei dan Muara, Brunei
Koordinat4°57′1″N 114°49′43″E / 4.95028°N 114.82861°E / 4.95028; 114.82861Koordinat: 4°57′1″N 114°49′43″E / 4.95028°N 114.82861°E / 4.95028; 114.82861
Organisasi
PembiayaanSwasta
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
PengiktirafanJoint Commission Internationalcode: en is deprecated
Pautan
Laman sesawangwww.jpmc.com.bn

Pusat Perubatan Jerudong Park (bahasa Inggeris: Jerudong Park Medical Centrecode: en is deprecated , singkatan: JPMC) merupakan sebuah hospital swasta di Brunei yang umumnya menyediakan perkhidmatan kesihatan khusus. Ianya terletak di Jerudong, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Seri Begawan. Hospital ini juga menempatkan Gleneagles JPMC, pusat bagi rawatan penyakit jantung.

Lokasi

Pusat Perubatan Jerudong Park terletak tidak jauh dari Jerudong Park, taman hiburan dan pusat rekreasi keluarga terkenal di Brunei. Kompleks bangunan hospital terletak di pantai menghadap Laut Cina Selatan. Ianya juga dekat dengan Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX.

Perkhidmatan

Pusat Perubatan Jerudong Park menyediakan perkhidmatan klinikal khusus bagi pesakit luar mahupun dalam, di antara mereka neurologi, gastroenterologi, histopatologi, nefrologi, kesihatan pekerjaan, psikologi, gigi, obstetrik dan ginekologi, dan pediatrik.[1] Perkhidmatan pembedahan juga tersedia untuk kes seperti telinga, hidung dan tekak (ENT); implantologi; oftalmologi; pembedahan plastik dan rekonstruktif; ortopedik; umum; pediatrik dan laparoskopi; dan urologi. Ada juga perkhidmatan sampingan seperti makmal, pengimejan diagnostik dan radiologi.

Gleneagles JPMC

Gleneagles JPMC adalah sebuah pusat dalam hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit jantung. Pusat telah ditubuhkan pada 15 Julai 2002 dan mula beroperasi pada 8 Ogos 2002.[2] Ianya merupakan usaha sama (joint venture) di antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Parkway Pantai, kumpulan penjagaan kesihatan swasta di Singapura.[3] Gleneagles JPMC dipunyai dan ditadbir oleh Parkway Pantai.

Akreditasi

Pusat Perubatan Jerudong Park telah diiktiraf oleh Joint Commission International sejak tahun 2004.[4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Clinics - JPMC | Jerudong Park Medical Centre". JPMC | Jerudong Park Medical Centre (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-08.
  2. ^ (Inggeris) "About Us In Brief | Gleneagles JPMC". www.gleneaglesjpmc.com.bn. Dicapai pada 2017-03-08.
  3. ^ "Brunei - Parkway Pantai". www.parkwaypantai.com. Dicapai pada 2017-03-08.
  4. ^ (Inggeris) "JCI-Accredited Organizations | JCI". Dicapai pada 2017-03-08.

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman sesawang rasmi Pusat Perubatan Jerudong Park (Bahasa Inggeris)
  • (Inggeris) Laman sesawang Gleneagles JPMC (Bahasa Inggeris)
  • (Inggeris) Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam (Bahasa Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Kerajaan
Hospital
Pusat kesihatan
Brunei-Muara
Belait
Tutong
Klinik kesihatan
Lain-lain
Pusat Dialisis · Pusat Promosi Kesihatan
Swasta
Pusat Kesihatan Panaga · Pusat Pakar Pantai Jerudong ( Pusat Kanser Brunei · Pusat Neurosains dan Rehabilitasi Strok Brunei ) · Pusat Perubatan Jerudong Park ( Gleneagles JPMC )
Penjagaan kesihatan di Brunei