RTM Anjung Bestari

RTM Anjung Bestari ialah program Info Bestari anjuran bersama Komuniti 1Malaysia, dan memaparkan mengenai kegiatan ekonomi dan budaya di kampung-kampung di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak melalui Program Komuniti Masyarakat.

Penerbit program berkenaan adalah Raja Hasmariani Ismail. Slot Anjung Bestari merupakan program televisyen terbitan TV1 pada setiap malam Isnin, jam 9.30 malam. Program berkenaan merupakan antara 10 program TV1 yang mendapat sambutan penonton tertinggi.[1]

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Harun Madasa pula berkata program Komuniti 1Malaysia yang membawa bersama pelbagai agensi kerajaan turun padang itu merupakan perantara berkesan untuk menyalur maklumat antara rakyat dan kerajaan.

Program Anjung Bestari memaparkan aktiviti ekonomi termasuklah pengeluaran produk kuih tradisi, kebudayaan seperti adat perkahwinan, tarian-tarian yang dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian serta makanan-manakan tradisi kampung/kaum itu.

Turut dirakamkan ialah pelbagai kemudahan infrastruktur asas untuk penduduk kampung yang disalurkan kerajaan termasuk kemudahan pendidikan seperti sekolah serta perpustakaan desa. Selain itu melalui slot Anjung Bestari berkenaan di Sabah, tradisi suku kaum seperti tarian Selong, Melenggok dan Dansa serta makanan kaum itu seperti gandus, ulak-olik dapat diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Rujukan

  1. ^ BERNAMA : 6 MAC 2011 : BUDAYA MASYARAKAT KOKOS DIRAKAM DALAM SLOT ANJUNG BESTARI

Pautan luar

  • PROGRAM ANJUNG BESTARI BERSAMA RTM
  • Petikan slot RTM Anjung Bestari di Youtube.
  • l
  • b
  • s
Radio Televisyen Malaysia (Jabatan Penyiaran Malaysia)
Stesen televisyen
Percuma (digital)
  • TV1
  • TV2
  • TV6
  • TV Okey
  • Sukan RTM
  • Berita RTM
  • RTM ASEAN
Satelit
  • TV1 (Astro & Unifi TV 101)
  • TV2 (Astro & Unifi TV 102)
  • TV Okey (Astro 146)
Stesen radio
Nasional
Negeri
Tempatan