Raub
Raub Bandar Durian Musang King | |
Geografi | |
---|---|
Status | Bandar |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Daerah | Daerah Raub |
Keluasan | 561,175.46 ekar (227,099.65 he; 876.83666 bt2) |
Raub merupakan sebuah bandar yang terletak di Daerah Raub, barat negeri Pahang, Malaysia, serta merupakan pusat pentadbiran daerah tersebut. Bandar ini terletak di lembah yang dibatasi oleh Banjaran Titiwangsa di barat dan Gunung Benom di timur.
Raub berada 110 km ke timur laut ibu negara Kuala Lumpur dan 265 km daripada Kuantan, ibu negeri Pahang.
Pentadbiran
Daerah Raub mempunyai7 buah mukim iaitu:
- Mukim Batu Talam
- Mukim Sega
- Mukim Semantan Ulu
- Mukim Dong
- Mukim Ulu Dong
- Mukim Gali
- Mukim Tras
Bandar dan pekan
- pekan Sega
- Bandar Raub
- Bandar Teras
- Pekan Cheroh
- Pekan Dong
- Pekan Tranum
Raub mendapat namanya dari kegiatan mendulang emas, apabila setiap hari pelombong emas mendapat seraub (segenggam) emas daripada aktiviti mendulang emas di sungai.
Pusat Beli-belah dan Pasaraya
- Tunas Manja Supermarket
- TF Value-Mart
- Idaman Mall (dalam perancangan)
- Pantai Timur
Politik
Daerah Raub mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (Tras, Batu Talam dan Dong).
Pautan luar
- Maklumat tentang Raub Diarkibkan 2004-12-15 di Wayback Machine
- Peta-peta tentang Raub