Sekolah Kebangsaan Membulu
Sekolah Kebangsaan Membulu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat Bil 240, 89007, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6087721501 |
Kod sekolah | XBA1031 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Francis Maidin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Lusabit Salup |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Jenis Bagu |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Membulu atau nama ringkasnya SK Membulu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat Bil 240.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Membulu memiliki 170 pelajar lelaki dan 134 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 304 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009
Sejarah SK Membulu
Para penduduk daripada empat buah kampung, iaitu Kg Mempulut, Kg Kuala Punteh, Kg Membulu dan Kg Tigasa telah mengadakan mesyuarat untuk memohon dan memilih tempat tapak sekolah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Sikang Sumboh iaitu Ketua Kampung Mempulut. Para penduduk telah sebulat suara bersetuju bahawa sekolah akan didirikan di Kampung Membulu berdasarkan kedudukannya adalah di pertengahan empat buah kampung tersebut.
Selepas permohonan diluluskan oleh kerajaan, maka masyarakat setempat telah bergotong royong membersihkan tapak sekolah. Sekolah S. K. Membulu telah didirikan pada tahun 1971 dan dirasmikan oleh Dr.Haji Isa Ramli, J.S.M pada 13.09.1986 (Sabtu) bersamaan dengan 9 hb Muharam 1407.
Di peringkat awal, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru. Jumlah muridnya hanya 69 orang dengan 5 orang guru. Nama sekolah, iaitu S. K. Membulu diambil sempena nama Kampung Membulu.
Menurut cerita orang tua-tua, pada masa dahulu, beberapa orang pemburu membawa anjing ganas untuk berburu. Pada suatu ketika para pemburu serta anjing-anjing mereka telah menemui seekor “Tembadau”. Semua anjing para pemburu tadi menyalak “Tembadau” tersebut. Dengan bersenjatakan lembing yang diperbuat daripada “sumbiling” atau bamboo. “Tembadau” tersebut telah mati direjam. Lembing yang digunakan itu telah dipacak di tempat “Tembadau” itu mati. Kemudian harinya, lembing yang dipacak itu telah bertumbuh menjadi pohon bambu. Dalam bahasa murut, bambu itu dipanggil “bulu”. Dengan tokok tambah, maka perkataan “bulu” bertukar menjadi “Membulu” sehingga ke hari ini dan dijadikan nama kampung.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Membulu
- Peti Surat Bil 240
- 89007, Keningau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6087721501
- Fax = TIADA