Sekolah Kebangsaan Sri Labis
Sekolah Kebangsaan Sri Labis | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia JKR 1421, Jalan Muar, 85300, Labis,, [Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6079254193 |
Kod sekolah | JBB7046 |
Guru besar | Zulkefli Bin Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Sumail Bin Nasir |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Rais Bin Zainal |
Penolong Kanan Kokurikulum | Raja Maznurah Binti Raja Mazlan |
Faks | 6079254193 |
Sekolah Kebangsaan Sri Labis atau nama ringkasnya SK Sri Labis, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 1421, Jalan Muar.
Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Sri Labis memiliki murid seramai 399 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2023
SK Sri Labis terkenal dengan sikap lucu guru-gurunya terutamanya Cikgu Hafiz.
Cikgu Hafiz juga bijak mengawal lalu lintas kerana tugasnya sebagai guru Keselamatan Jalan Raya.
Tidak dilupai juga GPK Kokurikulum, Cikgu Raja Maznurah Binti Raja Mazlan yang lucu, pandai menyanyi dan menari.
Motto sekolah ialah 'Berusaha Tanpa Mengalah' manakala slogan sekolah ialah SRILSSSS HEBAAATTTT
Sejarah
Bermula dengan nama "National Type Primary School Labis"
pada tahun 1955. Kemudian bertukar nama "Labis English School(P), Labis" pada tahun 1963. Pada 1966, ia ditukar menjadi "Sekolah Rendah Inggeris, Labis" Pada 1976 dikenali sebagai "Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Labis, Labis" Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 sekolah ini bertukar nama sebagai "Sekolah Kebangsaan Sri Labis"
Antara guru semasa yang terpahat dalam sejarah SK Sri Labis ialah guru paling veteran dan lama di Sri Labis iaitu Cikgu Darus. Cikgu Noralifah dan Cikgu Sumail juga antara orang lama di SK Sri Labis dan boleh dijadikan pakar rujuk di sini.
Cikgu Musrom juga agak lama namun kesibukannya dalam bidang ICT sedikit menyukarkan para pengunjung untuk menyoalnya. Beliau sering kelihatan di stor sukan milik Cikgu Faisal. Stor sukan itu juga ialah tempat untuk guru-guru memakan lempeng ketika waktu lapang.
Pencapaian
Sekolah Kebangsaan Sri Labis mempunyai beberapa tunjang dalam akademik, kokurikulum dan koakademik. Kelebihan sekolah ialah memiliki kekuatan bagi pasukan bola sepak yang dilatih oleh Cikgu Faisal. Tahun ini,beliau membuat sedikit kelucuan dengan menempah jersi pasukan bersaiz bayi.
Antara tunjang lain ialah guru memanah iaitu Cikgu Asri juga cikgu Hafiz yang menjadi anak angkat JPJ. Beliau rajin mengecat lantai dan mengecat pelbagai benda.
Cikgu Hawa pula adalah pakar dalam rumah sukan,mengetuai rumah kuning tanpa turun takhta sejak sekian lama berdasarkan prestasi cemerlang beliau. Beliau juga boleh disandarkan untuk menjadi cepron untuk pasukan olahraga sekolah. Namun begitu,beliau telah berpindah ke SK Labis. Mampukah SK Sri Labis menggantikan beliau untuk mengekalkan prestasi pasukan olahraga sekolah? Sama-sama kita saksikan.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sri Labis
- JKR 1421, Jalan Muar
- 85300, Labis
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6079254193
- Fax = 6079254193