Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Lokasi
Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah Kerajaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoBerilmu Beriman Beramal
Nombor sekolah03-87362324
Kod sekolahBRA4003[1]
PengetuaPuan Hajah Salmah binti haji Yaacob
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Zarina binti Abdul Rani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Kosim bin Abdul Ghani
Penolong Kanan KokurikulumDatin Hajah Rafidah binti Md Noor
Faks03-87360502
Laman sesawanghttps://smapk.edu.my/


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atau nama ringkasnya SMAP Kajang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama berasrama penuh yang terletak di Batu 13, Kajang, Selangor. SMAP Kajang dibuka secara rasmi pada Julai 1990.

Sejarah

SMAPK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz Mohd Saim Bin Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 2001, 4 orang pengetua telah menjadi peneraju SMAPK. Pengetua kedua ialah Ustaz Marzuki Abdul Hamid diikuti Pengetua ketiga, Ustazah Hajah Jumaiyah bt Haji Hashim, Ustazah Norhayati bt Lebai Isa, Syed Baharom Syed Hussien, Hajah Aminah binti Idris, Haji Sakijan Bin Muri dan kini, Tuan Hj Abdul Aziz bin Mahmud.

Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menjadi terkenal di seluruh negara.

Pencapaian para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang begitu membanggakan antaranya Eliza Hanim Ibrahim sebagai pemain catur kebangsaan (1991), mewakili negara dalam Olimpiad Matematik di Argentina pada tahun 1997, mewakili negara dalam Kongres Remaja Sedunia di Sarajevo pada tahun 2000, memasuki perlawanan akhir Bahas Dato' Abdul Shukor pada tahun 2000, dua kali berturut-turut melayakkan diri ke perlawanan akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri pada tahun 2000 dan 2001, serta melayakkan diri ke peringkat akhir Pidato Piala Diraja pada tahun 1998.

Pada tahun 2003, SMAPK telah berjaya memenangi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kategori Bahasa Melayu buat kali pertama. Bahas Piala Perdana Menteri atau singkatannya (PPM) merupakan piala bahas paling berprestij buat sekolah-sekolah berasrama penuh yang mula dipertandingkan sejak 1974. Kejayaan ini diteruskan apabila memenangi pertandingan yang sama pada tahun 2005, 2008, 2009, 2013 dan terbaharu pada 2017. SMAPK juga muncul Naib Juara Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 2014 dan 2015.

SMAPK juga terlalu sinonim dengan kumpulan nasyid kebanggaan mereka, All For Ummah (A.F.U) yang akhirnya berjaya melahirkan artis nasyid rakaman yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Saujana. All For Ummah telah menaikkan nama sekolah apabila berjaya memenangi Johan Festival Nasyid Kebangsaan 3 kali berturut-turut dari tahun 2004, di Festival Nasyid Kebangsaan yang pertama kali diadakan sehinggalah tahun 2006 dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan 7 tahun berturut-turut dan pelbagai lagi kejayaan telah dicapai sama ada di peringkat SBP, Kebangsaan dan Negeri.

Pencapaian di peringkat akademik termasuklah kejayaan merangkul 2 kali 100% pangkat 1 dalam SPM pada tahun 1993,1997 dan 1999. Sehingga tahun 2000, 3 orang pelajarnya telah berjaya merangkul semua A dalam setiap mata pelajaran dalam SPM. SMAPK juga pernah beberapa kali tersenarai dalam ranking 10 sekolah terbaik Malaysia dalam beberapa siri peperiksaan awam terutamanya SPM. Tahun 2009 juga menyaksikan sejarah tercipta apabila SMAPK diumumkan sebagai 5 buah sekolah agama terbaik di Malaysia apabila lebih 100 orang pelajarnya meraih keputusan 9A dan 8A.

Sehingga ke hari ini, SMAPK telah melahirkan ribuan pelajar yang kini telah melanjutkan pelajaran masing-masing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, universiti-universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai jurusan. Bagi yang telah bekerja, mereka telah menjawat pelbagai jawatan penting sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Pada awal tahun 2011, persatuan bekas-bekas pelajar SMAPK telah ditubuhkan dengan cadangan nama Pertubuhan Anak Didik SMAPK (AnNadi) di Dewan Nik Mahyudin Wan Musa. Bagaimanapun, nama rasmi yang didaftarkan akhirnyaialah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dengan singkatan AnNadi dikekalkan. Penubuhan persatuan tersebut bertujuan memudahkan komunikasi antara semua bekas pelajar dan juga mereka yang masih belajar di SMAPK untuk sama-sama memacu SMAPK ke arah kegemilangan dan terus mempertahankan etos kecemerlangan yang telah dipupuk sejak penubuhannya.

Pada tahun 2013 pula, SMAPK telah berjaya diumumkan sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Senarai Pentadbir

PENGETUA
BIL. NAMA TAHUN
1 Mohd Saim bin Ithnin
2 Marzuki bin Abdul Hamid
3 Hajah Jumaiyah bt Haji Hashim
4 Norhayati bt Lebai Isa
5 Syed Baharom bin Syed Hussien
6 Hajah Aminah binti Idris
7 Haji Sakijan bin Muri
8 Tuan Haji Abdul Aziz bin Mahmud
9 Tuan Haji Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz
10 Tuan Haji Nordin bin Mohd Tohir
11 Hajah Salmah binti Haji Yaacob
GPK PENTADBIRAN
BIL. NAMA TAHUN
1
2
3
4
5 Hajah Musalmah binti Abu Bakar
6 Hajah Zarina binti Abdul Rani
GPK HEM
BIL. NAMA TAHUN
1
2
3
4
5
6 Hajah Najibah binti Noor
7 Tuan Haji Kosim bin Abdul Ghani
GPK KOKURIKULUM
BIL. NAMA TAHUN
1
2
3
Hajah Najibah binti Noor
Datin Hajah Rafidah binti Mohd Nor
GURU KANAN MATA PELAJARAN
BIL. NAMA JABATAN
1 Zilfadhilah Hasni binti Zakaria Bahasa
2 Nurul Firdaus binti Mohamed Salleh Sains dan Matematik
3 Siti Hajar binti Abd Razak Kemanusiaan
4 Mahani binti Mahat Teknik dan Vokasional
5 Mahimun binti Sardi Pendidikan Islam

Nama batch

  • Fivers2k (9600)
  • Gundalerz (9701)
  • Legenderz (9802)
  • Gen-X’10th Generation of SMAPK (GenX 9903)
  • EVO0206 (0206)
  • Sameitu chenai (ELA 0408)
  • deez nuts (BOSTI 0069)
  • Esprit de corps (0509)
  • Phoenix (0610)
  • Amity Coexist (0711)
  • Pencetus Generasi Al-Quran (PGA 0812)
  • Bittersweet 0913 (BS 0913)
  • Liberators 1014 (LB 1014)
  • Valtas' 1115 (VS 1115)
  • Generasi Amirul Mukminin (GAM 1216)
  • We Impose For Islam (WIFI 1317)
  • Daie Millenium (DAIEM 1418)
  • Success With Applied Tarbiyah (SWAT 1519)
  • Fathulhaq (FATAH 1620)
  • Qawiyyul Amin Force (QAF 1721)
  • Khairul Ummah (KHAIRUM 1822)
  • Excellent Leader In Toyyib Era (ELITE 1923)
  • Fidail Aminin (FIDDIN 2024)
  • Najaha On Virtuous Achievement (NOVA 2125)
  • Mujahideen (MUJI 2226)
  • Al-Amin Student To Represent Ad-Din (ASTRA 2327)
  • Fathul Ummah (FALAH 2428)

Aktiviti tahunan

  • Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Murid (BKM)
  • Kejohanan Sukan Tahunan
  • Kejohanan SUPER SIRUM
  • Kejohanan Kawad Kaki Badan Beruniform
  • Majlis Khatam al-Quran
  • Muzakarah Pelajar
  • Hari Anugerah HEM
  • Hari Anugerah Kurikulum
  • Hari Anugerah KoKurikulum
  • Malam Asperiasi Ilmu dan Asonansi Seni (MAIDAS)
  • Sambutan Ambang Kemerdekaan
  • Ihya' Ramadhan
  • Sambutan Hari Guru
  • Kem Ibadah
  • Solat Hajat
  • Iftar Perdana
  • Majlis Penetapan Target PT3&SPM
  • Bacaan Al-Quran sepuluh muka surat

Rumah sukan

  • Abu Ubaidah (Biru)
  • Khalid Al-Walid (Merah)
  • Tariq Ziad (Kuning)
  • Usamah Zaid (Hijau)

Prasarana

  • 4 Buah blok asrama putera
  • 3 Buah blok asrama puteri
  • 4 Buah blok akademik
  • Bengkel KHB
  • Dewan Besar Nik Mahyuddin Wan Musa
  • Gimnasium
  • Masjid Al-Ehsan
  • White House
  • 1 Padang ragbi
  • 1 Padang bola sepak
  • 2 Padang hoki
  • 2 Gelanggang futsal
  • 2 Gelanggang bola keranjang
  • 2 Gelanggang bola tampar
  • 2 Gelanggang sepak takraw
  • 2 Gelanggang bola jaring
  • 1 Lapang sasar memanah
  • Padang Pahlawan
  • 1 Padang petanque
  • 1 Padang bola baling
  • Pusat Akses Internet
  • Koperasi Sekolah
  • IPortico

Etos SMAPK

  • Kepimpinan
  • Nasyid
  • Bola Baling
  • Kesenian Islam
  • Memanah
  • Bahas / Debat Bahasa Melayu
  • Bahas / Debat Bahasa Inggeris
  • Bahas / Debat Bahasa Arab
  • Inovasi Sains & Reka Cipta
  • Hoki
  • Ragbi

Senarai Ketua Umum dan Timbalan Ketua Umum SMAPK

KETUA UMUM
BIL. NAMA TAHUN
1 Mohd Nazri Chik 1995
2
3 Mohd Izwan Yusof 1997
4 Suffian Amrin 1998
5 Mohd Shukri Ahmad Mansor 1999
6 Suzardi Maulan 2000
7 Adi Syazni Mohammed 2001
8 Mohd Azwan Roslee 2002
9 Hafizi Rahmat 2003
10 Shahir Md Fuad 2004
11 Zakwan Adenan 2005
12 Eikhwan Ali 2006
Afdzal Shahabuddin 2007
Nik Mohd Syafiq Nik Md Daud 2008
Miftahuddin Sufyan 2009
Hazmi Al Wafi bin Abu Bakar 2010
Sulaiman Mohd Noor 2011
Muhd Nasri Hassan Basri 2012
Abdul Hafiz Bin Kamaruzzaman 2013
Adam Bin Sharip 2014
Luqmanul Hakim bin Ghazali 2015
Muhammad Izzuddin Bin Jamaludin 2016
Wan Mu'izzuddin Nawawi Bin Wan Anuar 2017
Muhd Zulhakimi bin Samsul 2018
Muhd Hafeez bin Nooree 2019
Nur Arif Aiman bin Abdul Kudus 2020
Muhammad Dinsabqi bin Nor Azmi 2021
Luqmanul Hakeem bin Mohd Shah 2022
Ar-Rayyan Danish bin Affarizan 2023
Muhammad Adib Haiqal Bin Haizam 2024

Pencapaian

2002

  • Johan Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia, Piala Dato Abdul Shukor 2002
  • Pembahas Terbaik Akhir, Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia, Piala Dato Abdul Shukor 2002

2003

2004

  • Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2004

2005

2006

  • Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2006

2007

  • Naib Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2007
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah ( Johan Edisi Pertama )
  • Johan Bahas Piala TNC-HEP UKM 2007

2008

  • Ketiga Festival Nasyid Kebangsaan 2008
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2008
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas PPM 2008
  • Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2008
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2008

2009

  • Johan Kejohanan Hoki SBP Divisyen 2 Peringkat Kebangsaan
  • Johan Memanah SBP Kebangsaan
  • Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) Sekolah Berasrama Penuh 2009
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2009
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2009
  • Johan Pertandingan Nasyid Piala UKM
  • Mewakili Selangor dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2011

2010

  • Johan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2010
  • Johan Bahas Piala TNC-HEP UKM 2010

2011

  • Johan Bola Sepak U16 SBP Zon Tengah
  • Johan Bola Sepak U14 Terbuka SDAR
  • Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor
  • Mewakili Selangor dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2011
  • Naib Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2011

2012

  • Memanah MSSM
  • Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri 2012
  • Naib Johan Hafazan MTQ Negeri Selangor
  • Johan Syarahan (P) MTQ Negeri Selangor
  • Johan Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2012

2013

  • Memanah MSSM
  • Naib Johan Pertandingan Nasyid Ihtifal UNITEN 2013
  • Ketiga Pertandingan Nasyid Haflah Al-Jauhar Glocal Friendship 2013
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2013
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas PPM 2013
  • Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Tun Razak SDAR
  • Johan English CyberSecurity Debate
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pendidikan Malaysia Kohort 4

2014

  • Naib Johan Piala Perdana Menteri (PPM) Bahas Bahasa Melayu
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2014
  • Naib Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2014

2015

  • Naib Johan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PPM)
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2015
  • Johan Bahas Tunas Muda SBPI Gombak 2015

2016

  • Naib Johan Debat Antarabangsa MUSLEH Kategori Bahasa Melayu
  • Pembahas Terbaik Keseluruhan Debat Sekolah Malaysia UIAM
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Debat Antarabangsa MUSLEH

2017

  • Tempat Ketiga Cup MSSDHL Ragbi Bawah 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Cup Piala Presiden KL Saracens Ragbi Bawah 16 Tahun
  • Johan MSSDHL Bola Baling Bawah 18 Tahun
  • Johan Liga Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Selatan 2017
  • Johan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) kategori Bahasa Melayu
  • Pembahas terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
  • Grandfinal Fifth Open Challenge Handball Peringkat Kebangsaan Bawah 18 Tahun
  • Johan MTQ Peringkat Daerah Hulu Langat (Nasyid)
  • Tempat Kelima Pertandingan Nasyid Festival Kesenian Islam SBP 2017 Kali Pertama (All For Ummah)
  • Naib Johan Plate Under 16 Kejohanan Ragbi 7's Anjuran NRDP / SESMA 2017
  • Johan Plate Under 15 Kejohanan Ragbi 7's Anjuran NRDP / SESMA 2017
  • Johan Sbp Basketball zon selatan 2017

2018

  • Johan bagi pertandingan National Robotic Competition 2018 peringkat negeri bagi kategori Menengah Atas
  • Belts and Roads Teenagers Science Summer Camp 2018 China
  • Pingat Emas dan Special Award bagi Japanese Design and Innovation Expo (JDIE) 2018
  • Johan MSSDHL Bola Baling Bawah 18 Tahun

2019

  • Johan Debat Piala Pengarah UiTM Dengkil 2019
  • Johan Liga Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah 2019
  • Johan Debat Malaya (UM) 2019

2020

  • Johan Cabaran Debat Zaa'ba (UKM) 2020

2021

2022

  • Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM 2022

2024

  • Johan Hoki SBP peringkat zon 2024
  • Finalis peringkat silver Hoki SBP Kebangsaan 2024
  • Johan MSSS Bola Baling
  • Johan Debat Piala Speaker Negeri Selangor 2024
  • Pembahas Terbaik Akhir Debat Piala Tuan Speaker Negeri Selangor 2024
  • Johan NRC (Rookie) 2024
  • Naib Johan MSSD Hoki 2024

Alamat

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Batu 13,
Jalan Cheras
43000 Kajang

Rujukan

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri

Pautan luar

  • Facebook Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  • PIBG Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  • l
  • b
  • s
Zon Utara
Zon Tengah
Zon Timur
Zon Selatan
Zon SQL