Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 464, 89008, Keningau, Sabah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU SULUH HIDUP |
Nombor sekolah | 6087335122 |
Kod sekolah | XEA1057[1] |
Pengetua | Pn. Dorothea Caherina Onong (2016 - kini) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Hamid Roslan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Rosnah Sangkar |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Jalim Haris |
Faks | 6087336339 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin atau nama ringkasnya SMK Apin-Apin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 464.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin memiliki 515 pelajar lelaki dan 515 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1030 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009
Sejarah
SMK Apin-Apin merupakan salah sebuah sekolah yangterdapat di Daerah Keningau. Sekolah ini terletak di Apin-Apin yang menjadi laluan utama ke Kota Kinabalu dengan jarak sejauh kira-kira 12 km dari Bandar Keningau. Sejarah sekolah ini amatlah unik. Sekolah yang ada kini amat jauh berbeza dengan SMK Apin-Apin 50 tahun yang lalu. Tokoh-tokoh terdahulu seperti mendiang Datuk Anthony Undan ( Ahli Dewan Undangan Negeri N 37Bingkor ) telah memulakan usaha untuk merealisasikan impian untuk mewujudkan sekolah menengah sendiri.
Tujuh buah sekolah yang terdapat di sekitar Apin-Apin iaitu SRJK St. James, Sekolah Kebangsaan Apin-Apin, Sekolah Kebangsaan Merampong, Sekolah Kebangsaan Kepayan, Sekolah Kebangsaan Bundu, Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin dan Sekolah Kebangsaan Bunga Raya sudah cukup melayakkan Apin-Apin mempunyai sebuah sekolah menengah sendiri. Ini kerana, Kadar pertambahan penduduk dan pelajar yang memerlukan pendidikan yang kian meningkat. Ini ditambah pula dengan latar belakang penduduk Apin-Apin sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat petani yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di luar daripada Apin-Apin. Pada tahun 1977 adalah tahun yang bersejarah bagiseluruh warga Apin-Apin apabila impian yang dimarakkanoleh usaha yang dicanang sekian lama akhirnya mewujudkan SMK Apin-Apin. Tahun ini juga memberi peluang kepada anak-anak Apin-Apin sendiri untuk membuka satu lembaran baru yang kini menjadi sejarahdan kenangan. 59 orang pelajar dengan 16 daripadanya adalah pelajar perempuan telah melangkahkan kaki ke Tingkatan Satu. Turut sama ialah 5 orang guru yangdidatangkan khas olah Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.Pada awalnya, sekolah ini hanyalah sebagai cawangan SMK Bingkor. Tidak ada pentadbir yang khusus dilantikmentadbir SMK Apin-Apin secara total. Segala urusan pentadbiran dikawal oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor danPejabat Pelajaran Daerah Keningau. En. Sitam Bin Hj.
Lagu Sekolah
Ilmu.. engkau tujui matlamat hidup
Engkau membina harapan nusa bangsa
Demi sekolah tercinta
Dengan lafaz ikrar
Bersatu mengharumkan namamu
Guru.. engkau curahkan ilmu di dada
Engkau melahirkan generasi berilmu
Sekolahku SMK Apin-Apin
Merealisasikan wawasan negara
Kepada pencinta ilmu
Teruskan perjuangan
Mengisi ilmu di dada
Berilmu dan berdisiplin
Ilmu suluh hidup 2x
Usaha tangga kejayaan 2x
Kelas & MP
Urutan Kelas
No | Kelas |
---|---|
1 | Harvard |
2 | Stanford |
3 | Yale |
4 | Cambridge |
5 | Princeton |
6 | Oxford |
Mata Pelajaran Menengah Atas
Kelas | Tingkatan | Mata Pelajaran | Catatan |
---|---|---|---|
Harvard | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia ... | tidak lengkap |
Stanford | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Sains Sukan, Sains Komputer, Ekonomi | tidak lengkap |
Yale | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Geografi, Perniagaan | |
Cambridge | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV | |
Princeton | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV | |
Oxford | 4 & 5 | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, PSV |
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
- Peti Surat 464
- 89008, Keningau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6087335122
- Fax = 6087336339
[2]
Rujukan
Pautan luar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin (Tidak rasmi)