Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain

Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Alamat
Kampung Baru Semenyih, 43500 Semenyih
Kampung Baru Semenyih
Semenyih, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Rendah Semenyih
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berjaya Berbakti
Ditubuhkan6 Januari 1975
Autoriti pendidikanHulu Langat
Nombor sekolah603-87238285
Kod sekolahBEA4608[1]
PengetuaRizal bin Uzir
Tenaga pengajar153(2023)
Jumlah penuntut3052(2023)
GPK Pentadbiran dan AkademikDr. Fairose binti Shamsudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorliah binti Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumZaimatul Aniza binti Ghazali
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangNor Azaheen binti Abdul Hamid
Faks603-87242569


Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (Semuhsin) merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Semenyih, Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada 6 Januari 1975. Semuhsin dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Semenyih. Nama Sekolah Engku Husain diambil dan dirasmikan pada tahun 1982 sempena dengan nama seorang tokoh tempatan Raja Husain bin Raja Laut yang bergelar Engku Raja Husain yang telah meneroka dan membangunkan kawasan Semenyih.

Sejarah

Menurut sumber tempatan, pada zaman Jepun (1941-1945), tapak sekolah ini pernah digunakan oleh tentera Jepun untuk perkhemahan dan latihan.[perlu rujukan] Pada 29 Disember 1954, akhbar The Strait Times melaporkan sebuah helikopter tentera terhempas berhampiran kawasan ini. Pegawai tentera yang terlibat ialah NH Jackson Smith dan WR Williams, yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1988, sebuah helikopter juga mendarat kecemasan di padang sekolah ini akibat hujan lebat dan angin kencang.

Rancangan membina sekolah di Semenyih semakin mendesak apabila semakin ramai pelajar dari kawasan ini terpaksa bersekolah di luar mukim untuk mendapatkan pendidikan peringkat menengah. Murid-murid ini dihantar sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Pendidikan sekolah di luar bandar pada waktu itu memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat.

Semuhsin bermula dengan 15 orang guru dan 404 orang pelajar dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 3 dengan hanya dua blok bangunan di atas tanah berkeluasan 20 ekar. Pengetua pertama Semuhsin merupakan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semenyih, iaitu Raja Alias bin Abdul Rahman. Antara guru yang terawal mengajar di Semuhsin ialah Mat Derakah bin Alias, Halimaton Bte Iban, Baharom bin Said, Abdul Aziz Bin Abd. Wahab, Yu Soo Chin, Shamsiah Jantan, Amar Singh dan Tan Poh Beng.

Pada tahun 1990, Semuhsin mempunyai seramai 1300 orang pelajar. Bilangan pelajar sekolah ini naik dengan mendadak sehingga 3600 orang pelajar ekoran pembinaan bandar baharu seperti Bandar Rinching (1996), Bandar Tasik Kesuma (1998), Bandar Sunway Semenyih (2000) dan Kem Batalion Polis Gerakan Am (2011). Bilangan pelajar Semuhsin kemudiannya berkurang kepada 3100 orang pada 2012 selepas penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (2011). Bilangan ini kekal stabil sehingga sekarang.

Barisan Pentadbir

Nama penuh Jawatan
RIZAL BIN UZIR Pengetua
DR. FAIROSE BINTI SHAMSUDIN Penolong Kanan
NORLIAH BINTI AHMAD Penolong Kanan HEM
ZAIMATUL ANIZA BINTI GHAZALI Penolong Kanan Kokurikulum
NOR AZAHEEN BINTI ABDUL HAMID Penolong Kanan Petang
MOHD SALLEH BIN MOHD ALI GKMP Bahasa
MAYRLIDZATUL AKMAL BINTI AHMAD GKMP Kemanusiaan
SUHANA BINTI MOHD MOTTASIR GKMP Sains & Matematik
NURUL SYAHRIZAN BIN AHMAT MARZUKI GKMP Teknik & Vokasional

Pengetua

Nama penuh Tempoh
Mat Derakah Alias 1 Januari 1979 - 1 Mei 1979
Raja Alias Raja Abdul Rahman 2 Mei 1979 - 31 Disember 1981
Abdul Aziz Mohd Nor 1 Januari 1982 - 15 April 1985
Datin Siti Zaharah Mohd Zin 16 April 1987 - 30 November 1993
Kamariah Haroon 1 Disember 1993 - 16 Jun 1994
Abd Aziz Mohd Nor 16 Jun 1994 - 26 September 1998
Asnah Harun 1 Oktober 1998 - 2006
Latifah Mohd Isa 1 Januari 2007 - 2009
Maziyah Hassan 1 April 2009 - Oktober 2011
Abdul Gaffar Kunchi Mohd Januari 2012 - 2015
Che Ratni Mohamed 10 Mac 2015 - 5 Ogos 2017
Abdul Gaffar Kunchi Mohd 5 September 2017 - 29 Ogos 2022
Rizal Uzir 2 September 2022 - Sekarang

Rujukan

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri.

Pautan luar

  • Laman web SMK Engku Husain.
  • Facebook rasmi SMK Engku Husain.
  • Instagram SMK Engku Husain.
  • Saluran YouTube rasmi SMK Engku Husain.
  • Saluran YouTube rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Engku Husain.