Siti Zaharah Sulaiman

Tan Sri Dato' Sri Dr.

Siti Zaharah Sulaiman

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
Dalam jawatan
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004
TimbalanTiki Lafe
Didahului olehZaleha Ismail
Digantikan olehMaximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional))
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Kawasan pilihan rayaPaya Besar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
12 November 1996 – 14 Disember 1999
TimbalanFauzi Abdul Rahman
Didahului olehChong Kah Kiat
Digantikan olehBernard Giluk Dompok
Kawasan pilihan rayaPaya Besar
Timbalan Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
8 Mei 1995 – 12 November 1996
MenteriChua Jui Meng
Didahului olehMohd Farid Ariffin
Digantikan olehMohd Ali Rustam
Kawasan pilihan rayaPaya Besar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Paya Besar
Dalam jawatan
25 April 1995 – 8 Mac 2008
Didahului olehKawasan dicipta
Digantikan olehAbdul Manan Ismail
Kumpulan parlimenBarisan Nasional
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Mentakab
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehKawasan dicipta
Digantikan olehFu Ah Kiow
Ketua Wanita UMNO Malaysia
Dalam jawatan
9 Oktober 1996 – 16 Januari 2000
PresidenMahathir Mohamad
Didahului olehRafidah Aziz
Digantikan olehRafidah Aziz
Butiran peribadi
Lahir(1949-04-24)24 April 1949
Lanchang, Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia26 Julai 2024(2024-07-26) (umur 75)
Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Kajang, Selangor, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor
Parti politik BN-UMNO
Pasangan Dr. Samaruddin Md Rejab
PekerjaanAhli politik

Siti Zaharah Sulaiman (lahir di Mentakab, Pahang, 24 April 1949 – meninggal di Kajang, Selangor, 26 Julai 2024 pada umur 75 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia dari 1986 hingga 2008. Semasa menjadi wakil rakyat, beliau pernah dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri kabinet Malaysia.

Kehidupan peribadi dan kematian

Siti Zaharah dilahirkan pada 24 April 1949.[1] Siti Zaharah memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Pentadbiran Pendidikan dan Organisasi) dari Universiti Cornell New York, Amerika Syarikat.[1] Pada 2005, beliau cedera parah dalam kemalangan di Jalan Pintasan Sri Jaya. Akibat daripada pelanggaran itu, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, menerima jahitan sepanjang 10.16sm di bahagian kiri kepalanya manakala setiausaha wanita Umno Bahagian Paya Besar Fauziah Abdul Rahman mengalami keretakan di bahagian leher.[2]

Siti Zaharah meninggall dunia pada 26 Julai 2024 di Hospital Serdang, Selangor pada 11.23 malam 26 Julai akibat sakit tua, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada 11.30 pagi 27 Julai.[1].

Politik

Kabinet

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Semasa menjadi Timbalan Menteri Kesihatan beliau merasmikan pelancaran Bulan Tanpa Tembakau 1998 di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pada 31 Mei 1998. Sejak 1989, 31 Mei diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.[3]

Wanita UMNO

Siti Zaharah menjadi pemimpin wanita UMNO pertama dari Pahang yang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada pemilihan parti 1987.[1]

Pada Oktober 1996, beliau menang menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO menewaskan Rafidah Aziz (1984-1996) dengan majoriti 27 undian. Slogan Siti Zaharah ialah 'Membawa Perubahan'. Akan tetapi, beliau tewas semula kepada Rafidah Aziz pada Perhimpunan Agung UMNO 2000. Siti Zaharah menjadi Ketua Wanita UMNO selama 3 tahun 7 bulan.[4]

Wanita UMNO berjaya mewujudkan Amanah Saham Wanita (Asnita) dan berharap kaum lelaki dapat menubuhkan Amanah Saham Lelaki (Aslaki). Dengan keahlian ahli UMNO sebanyak 2.8 juta, bukanlah mustahil bagi 50 peratus ahli Wanita UMNO memenuhi matlamat mengumpul RM200 juta.[5]

Pilihan raya

Pada tahun 1995, beliau menang di Paya Besar. Pada tahun 1999, beliau menang lagi dengan menewaskan Wan Jusoh Wan Kolok (Keadilan). Pada tahun 2004, beliau menang dengan majoriti 12,518 undian. Kemenangan beliau menandakan 38 dari 43 calon wanita BN menang dalam pilihan raya.[6]

Pada 27 Mac 2004, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggugurkan nama Siti Zaharah daripada jawatan menteri.[7]

Keputusan

Parlimen Malaysia[8][9]
Tahun Kawasan Nama Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
1986 P078 Mentakab Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) 15,271 68.63% Mohamed Rusdi Arif (PAS) 6,980 31.37% 23,196 8,291 71.59%
1990 Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) 17,147 63.44% Johari Ismail (S46) 9,883 36.56% 28,242 7,264 73.79%
1995 P084 Paya Besar Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) 25,551 74.40% Wan Abd Rahman Wan Yusoff (S46) 8,792 25.60% 37,221 16,759 78.06%
1999 Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) 20,749 54.70% Wan Jusoh Wan Kolok (KeADILan) 17,186 45.30% 42,221 3,563 79.24%
2004 Siti Zaharah Sulaiman (UMNO) 20,474 72.02% Saari Sungib (PKR) 7,956 27.98% 29,001 12,518 77.46%

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2017)
  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1987)
    • Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (1994)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (2001)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2003)

Rujukan

  1. ^ a b c d "Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.
  2. ^ Bekas Menteri,Dr Siti Zaharah parah kemalangan…keadaannya stabil.
  3. ^ Rokok: Usaha kurangkan tajaan dikaji
  4. ^ Siti Zaharah semakin ceria
  5. ^ Zaharah tanya bila pula Aslaki?
  6. ^ Pencapaian calon wanita memuaskan
  7. ^ Abdullah drops several ministers including Chua, Siti Zaharah
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.

Pautan Luar

  • http://www.umno-online.com/

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)