Sos pisang

Sos pisang
Sos pisang dari Pasig, Filipina, dengan tostones plantain
Nama alternatifKicap pisang
JenisPerasa
Tempat asalFilipina
Masakan berkaitanFilipina
Dicipta olehMaria Y. Orosa
Bahan utamaPisang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sos pisang ialah perasa sos buah Filipina yang dibuat daripada pisang, gula, cuka dan rempah. Warna alaminya adalah kuning-keperangan, namun ia sering diwarnai merah menyerupai sos tomato. Sos pisang julung kali dikeluarkan di Filipina ketika Perang Dunia II disebabkan kekurangan tomato semasa perang tetapi pengeluaran pisang pula agak tinggi.[1][2]

Kegunaan

Dalam rumah tangga di Filipina, perasa ini digunakan dalam banyak hidangan: spageti Filipina, dadar (torta), hot dog, burger, kentang goreng, ikan, barbeku babi panggang berarang, ayam cucuk, ayam goreng dan daging lainnya.

Sejarah

Ahli teknologi makanan Filipina, Maria Y. Orosa (1893-1945) dikreditkan dengan penemuan produk ini.[3][4]

Rujukan

  1. ^ "Food from The Philippines: Banana Ketchup". The Longest Way Home. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  2. ^ Jose, Ricardo (1998). KASAYSAYAN The Story of The Filipino People. Philippines: Asia Publishing Company Limited. ISBN 962-258-230-3.
  3. ^ National Historical Institute of the Philippines: MARIA Y. OROSA (1893–1945). Pioneering Food Technologist and Inventor Diarkibkan 2013-09-21 di Wayback Machine
  4. ^ Leonor Goguingco: "Maria Y. Orosa: In peace and war". Manila Bulletin, 2005. Dalam talian di Internet Archive