Suku-suku Minangkabau

Masyarakat etnik Minangkabau yang datang dari kawasan barat pulau Sumatera dibahagikan kepada sebilangan suku-sakat. Kedudukan dan keberadaan sesebuah suku ini pada awalnya kemungkinan ditentukan oleh raja kerajaan Pagaruyung yang memerintah ke atas orang Minang.[1]

Imigrasi beramai-ramai orang Minangkabau menyebar luas dari Sumatera Barat telah memunculkan suku-suku pecahan luar dari yang ada dalam ranah Minang itu sendiri.

Suku utama di Ranah Darek

Menurut tambo alam Minangkabau, pada masa awal pembentukan budaya Minangkabau oleh Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang, hanya ada empat suku awal yang dijadikan nama dari dua "kelarasan" (lareh) yang bertindak sebagai sistem kekuasaan adat perpatih teras budaya. Suku-suku tersebut adalah:[1][2]

Lareh Suku Asal nama
Koto-Piliang Suku Koto kotto (kota): "benteng" atau "kubu"
Suku Piliang pilih + hyang: "pilihan tuhan"
Bodi Caniago Suku Bodi bodhi: "orang yang terbangun/mendapat petunjuk"[3]
Suku Caniago chana + ago: "sesuatu yang berharga"

Dua-dua lareh ini mempunyai cara pentadbiran yang berbeza: Kelarasan Koto Piliang cenderung menganut sistem mirip suatu kelas bangsawan sedangkan Kelarasan Bodi Caniago menganut sistem konfederasi.

Suku di Negeri Sembilan

Penghijrahan orang-orang Minang ke kawasan Semenanjung Melayu yang di bawah kekuasaan Kesultanan Johor mewujudkan kampung atau nagari sendiri kemudiannya terlahirnya Negeri Sembilan. Asas lareh-lareh yang ada disatukan dalam satu adat tergabung untuk aturan suku-suku baharu di negeri ini dikenali sebagai Adat Alam Minangkabau atau Adat Tuah Disakato.[4]

Sebanyak 12 suku kesemuanya yang ada di Negeri Sembilan terbahagi kepada:[5]

  • 9 suku perantau diberikan nama sempena luak-luak asal di Sumatera Barat[6]
Suku perantau utama Nama suku Nama Minang asal Nagari asal[7]
Tanah Datar Tanah Data Tanah Datar
Batu Hampar Tompar nagari Batu Hampar (di kecamatan Akabiluru moden, Limapuluh Koto)
Seri Lemak Solomak nagari Sarilamak – merakamkan kejadian rombongan Datuk Sinaro Garang menangkap seekor belut besar selepas membuka tanah di sana; hirisan daging belut yang dibahagikan sesama mereka yang menikmati rasa "lemak"nya (so'iris lomak "sehiris lemak")
Mungkal Mungkal nagari Mungka (kini berkecamatan sendiri di Limapuluh Koto)
Payakumbuh Payakumbuah nagari Payakumbuh, Limapuluh Koto
Seri Melenggang Simalenggan nagari Simalanggang di Limapuluh Koto – singkatan sumur enggang yakni suatu perigi ditenggek banyak burung enggang
Tigo Batu Tigo Batu nagari Tiga Batu, Limapuluh Koto
Tiga Nenek Tigo Niniak nagari Tiga Ninik (kini dalam Kacamatan Lima Kaum) – sempena tiga ketua rombongan dari 3 nagari iaitu dari Mungka, Andeang dan Batu di Riau
Suku kacukan Nama suku Nama Minang asal Sempena
Biduanda Biduando (Dondo) "pembantu raja",[8] terbitan kata dasar بيدوانbiduan pinjaman Sanskrit: विद्वान्, rumi: vidvāncode: sa is deprecated ; asalnya merujuk kepada seorang pertapa aliran Siwa di kerajaan Jawa.[9]
Anak Aceh menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Aceh
Anak Melaka Anak Melako

Rujukan

  1. ^ a b Batuah, A. Dt. & Madjoindo, A. Dt., (1959), Tambo Minangkabau dan Adatnya, Jakarta: Balai Pustaka.
  2. ^ Suku dalam Etnis Minangkabau
  3. ^ Soekmono, R., (2002), Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia 2, Yogyakarta: Penerbit Karnisius, ISBN 978-979-413-290-6
  4. ^ "Informasi Negeri: Adat Perpatih". ns.gov.my. Kerajaan Negeri Sembilan. 15 September 2021.
  5. ^ Ibrahim Abdullah (1990). "Struktur Suku di Rembau". Dalam Norazit Selat (penyunting). Negeri Sembilan: dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara.
  6. ^ Mohd Hisa Tahat (1987). "Sejarah hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan". Warisan. Persatuan Sejarah Malaysia (12): 94–99 – melalui Institut Tamadun dan Alam Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.
  7. ^ Mohd Rosli Saludin; Mohammad Hanafiah Maulud (Jun 2021). "Asal-usul suku-suku di Negeri Sembilan berdasarkan lokasi di Sumatera Barat, Indonesia". Asian Journal of Environment, History and Heritage. Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. 5 (1): 137–47.
  8. ^ Nobuta Toshihiro (2009). Living On The Periphery: Development and Islamization Among the Orang Asli in Malaysia. Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns. m/s. 23. ISBN 978-983-43248-4-1.
  9. ^ Acri, Andrea (2011). "More On Birds, Ascetics and Kings in Central Java. Kakawin Rāmāyaṇa 24.111–115 and 25.19–22.". Dalam Acri, Andrea; Creese, Helen; Griffiths, Arlo (penyunting). From Lanka Eastwards: The Ramayana in the Literature and Visual Arts of Indonesia. KITLV Press. m/s. 63–9. ISBN 9789004253766.
  • l
  • b
  • s
Kerajaan Pagaruyung Suku-sukat Minangkabau
Suku induk
Suku-suku Umum
Payobada • Pitopang • Tanjuang • Sikumbang • Guci • Panai • Jambak • Panyalai • Kampai • Bendang • Malayu Kutianyie • Mandailiang • Sipisang • Mandaliko • Sumagek • Dalimo •Singkuan• Singkuang • Domo• Supanjang• Sumpadang
Suku-suku
di Negeri Sembilan
Biduanda (Dondo) Batu Hampar (Tompar) Paya Kumbuh (Payo Kumboh) • Mungkal • Tiga Nenek • Seri Melenggang (Somolenggang) • Seri Lemak (Solomak) • Batu Belang • Tanah Datar • Anak Acheh • Anak Melaka • Tiga Batu
Suku-suku
di Rokan
Melayu Ampu • Kuti • Kandang Kopuh • Soborang • Pungkuik • Maih • Bonuo • Muniliang
Suku-suku
di Rao
Kandang Kopuh • Pungkuik • Bonuo • Moneiliang
Suku-suku
di Kuantan dan Indragiri
Koto Tuo • Kampung Tonga • Koto Baru • Suku Moneiliang • Caniago • Melayu • Patopang • Piliang • Nan Tigo • Nan Ompek • Nan Limo • Nan Onam • Piliang Lowe • Piliang Soni • Caromin (Camin/Cermin) • Mandahiliang • Kampung Salapan • Tigo Kampuang • Limo Kampuang • Piliang Atas • Piliang Bawah • Piabadar (Payobada) • Bendang • Kampai • Koto Piliang • Piliang Godang • Piliang Kociak • Piliang Tonga
Suku-suku
di Kampar
Domo • Bendang • Piliong (Piliang) Caniago Melayu Datuk Singo • Datuk Pandak • Melayu Bendang • Patopang (Putopang) • Melayu Tuo • Kampai
Suku-suku Pemekaran
Lubuk Batang • Sungai Napa • Tujuh Rumah • Korong Gadang • Bicu • Cubadak• Balai Mansiang