Sultan Ahmad Riayat Shah

Sultan Ahmad Riayat Shah
أحمد رعاية شاه
Sultan of Johor
Pemerintahan1761–1770
Didahului olehSultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Shah III
Keputeraan1752
Kemangkatan1770
Kuala Selangor
PemakamanBatangan, Riau
KerabatBendahara
AyahandaSultan Abdul Jalil Muazzam Shah
AgamaIslam

Almarhum Sultan Ahmad Riayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu baginda baru berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.

Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar ganti rugi tersebut dan hal ini mengukuhkan lagi kuasa Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah". Baginda digantikan oleh adindanya, iaitu Raja Mahmud yang baru berusia 14 tahun yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah III.

Lihat juga

  • Sejarah Johor
  • Kesultanan Lingga-Riau
  • Sejarah Singapura
  • Sultan Johor


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-15
(1761 – 1770)
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah Sultan Mahmud Shah III
  • l
  • b
  • s
Johor Salasilah Kesultanan Johor Johor
Wangsa Sultan Johor-Melaka
Alauddin Riayat Shah II (1528 - 1564) • Muzaffar Shah II (1564 - 1570) Abdul Jalil Shah I (1570 - 1571) • Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571 - 1597) • Alauddin Riayat Shah III (1597 - 1615) • Abdullah Ma'ayat Shah (1615 - 1623) • Abdul Jalil Shah III (1623 - 1677) • Ibrahim Shah (1677 - 1685) Mahmud Shah II (1685 - 1699) • Abdul Jalil Rahmat Shah (1718 - 1722)
Wangsa Bendahara
Abdul Jalil IV (1699 - 1720) • Sulaiman Badrul Alam Shah (1722 - 1760) • Abdul Jalil Muazzam Shah (1760 - 1761) • Ahmad Riayat Shah (1761 - 1761) • Mahmud Shah III (1761 - 1812) • Abdul Rahman Muazzam Shah (1812 - 1819) • Hussain Shah (1819 - 1835) • Ali Iskandar Shah* (1835 - 1877)
Wangsa Temenggung
Temenggung Daeng Ibrahim* (1855 - 1862) • Sultan Abu Bakar (1862 - 1895) • Sultan Ibrahim (1895 - 1959) • Sultan Ismail (1959 - 1981) • Sultan Iskandar (1981 - 2010) • Sultan Ibrahim (2010 - kini)
* Ketika zaman Sultan Ali, baginda hanya memerintah di kawasan Kesang manakala Temenggung Daeng Ibrahim memerintah seluruh negeri Johor kecuali kawasan tersebut.