Sultan Umar bin Raja Sakti

Sultan Umar
Raja Kelantan
Pemerintahan1670-1721
Didahului olehSultan Abdul Rahim
Diikuti olehLong Besar
KeputeraanSultan Umar bin Raja Sakti
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
AyahandaRaja Sakti I
AgamaIslam

Sultan Umar bin Raja Sakti ialah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti I yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.

Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada 1675[1]. Pada tahun itulah baginda mulai dikenal sebagai Sultan Umar.[2] Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti I.[3]

Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan. Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak di kawasan Bachok. Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China,Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.

Keluarga

Baginda mempunyai lima orang anak iaitu:

  1. Raja Kecil Sulung
  2. Raja Hudang (Raja Ngah)
  3. Raja Nah
  4. Raja Sakti II
  5. Raja Pah.

Kemangkatan

Baginda mangkat pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan Besar Long Bahar dari Patani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.[4]

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ "Sejarah Kelantan Sepintas Lalu (Bahagaian II)". Sejarah Kelantan. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 2007. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  2. ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kotan Bharu: Pustaka Aman Press.
  3. ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: Jalar Mihat. ISBN 983-2098-89-0
  4. ^ "Makam (Tomb of) Raja Udang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.

Pautan Luar

  • http://pkrjk.blogspot.com/2007/08/peninggalan-sejarah-kerajaan-jembal.html
Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan dan Pattani
1670 – 1675
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Rahim Long Besar