Sungai Han (Korea)
Sungai Han | |
---|---|
Nama asal | 한강 |
Lokasi | |
Negara | Korea Selatan, Korea Utara |
Ciri-ciri fizikal | |
Muara | Laut Kuning |
Sungai Han | |
---|---|
Hangul | 한강code: ko is deprecated |
Hanja | 漢江code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Han-gang |
McCune–Reischauer | Han'gang |
Sungai Han (Hangul: 한강 Hanja: 漢江) adalah sebatang sungai yang terdapat di Korea Selatan dan merupakan sungai keempat terpanjang di Semenanjung Korea selepas Sungai Yalu (Sungai Amnak), Sungai Tumen (Sungai Dumen) dan Sungai Nakdong.[1] Sungai ini terbentuk daripada pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Namhan (Sungai Han Selatan) dan Sungai Bukhan (Sungai Han Utara) yang berasal dari lembah Gunung Geumgang di Korea Utara. Sungai Han mengalir dari dua sungai tersebut sehingga melalui bandar raya Seoul sebelum bersambung dengan sungai Imjin dan mengalir ke Laut Kuning.
Jumlah panjang sungai ini ialah 514km (319 batu).[2] Walaupun sungai ini tidak begitu panjang, tetapi lebarnya sangat luas seperti di Seoul dimana sungai ini mempunyai lebar lebih daripada 1km (0.62 batu). Sebelum dibangunkan beberapa buah empangan di sungai Han, sungai ini dikenali kerana kadar alir sungainya yang sangat besar (nisbah antara jumlah aliran minimum dengan maksimum) iaitu 1:390. Sebagai perbandingannya, Sungai Thames di London, United Kingdom dan Sungai Rhine masing-masing mempunyai pekali 1:8 dan 1:18.[3]
Galeri
- Jambatan Seogang
- Jambatan Seogang
- Memandang ke timur di sepanjang tebing utara Han dari Jambatan Seogang
- Jambatan Dongho
- Jambatan Olimpik
- Jambatan Olimpik
-
-
Rujukan
- ^ Shin, Jung-il, "Historic River Flowing through the Korean Peninsula." Koreana (Summer, 2004), 6.
- ^ Yi, Hyeong-seok and Kim Ju-hwan, Hangang [The Han River](Seoul: Daewonsa, 1990), 61.
- ^ Korea Water Resources Association: http://www.kwra.or.kr/news/en_02.html Diarkibkan 2007-08-26 di Wayback Machine
Pautan luar
- Hangang Citizen's Park - diuruskan oleh Kerajaan Metropolitan Seoul
- Rencana daripada Korea Times mengenai sejarah moden Sungai Han
- Sejarah ringkas Sungai Hangang
Koordinat: 37°45′N 126°11′E / 37.750°N 126.183°E / 37.750; 126.183
- l
- b
- s
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Korea Selatan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s