Taman Negeri Chemin-A-Haut

تامن نڬري شيمين-أ-هأوت
Chemin-A-Haut State Park
Kanu yang terdapat di taman negeri
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Amerika Syarikat Louisiana" tidak wujud.LokasiKariah Morehouse, Louisiana, Amerika SyarikatLuas503 ekar (2.04 km2; 0.786 bt2)[1]Ditubuhkan1935; 89 tahun yang lalu (1935)[2]Badan pentadbirPejabat Taman Negeri LouisianaLaman sesawang rasmisunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Negeri Chemin-A-Haut (Bahasa Inggeris: Chemin-A-Haut State Park) ialah taman negeri yang terletak di utara Kariah Morehouse, Louisiana. Taman ini berkeluasan 503 ekar (2.04 km2). Para pengunjung boleh pergi ke taman ini melalui Lebuh Raya 425 kira-kira 10 batu (16 km) di utara Bastrop. Nama "Chemin-A-Haut" adalah berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud jalan tinggi. Taman Negeri Chemin-A-Haut juga merupakan salah satu daripada yang terawal dimasukkan dalam sistem Taman Negeri Louisiana.

Nature Conservancy di Louisiana baru-baru ini memperoleh 247 ekar (1.00 km2) jalur DeBlieux yang terletak di selekoh besar Bayou Bartholomew dan kemudian akan memberikannya kepada pihak negeri Louisiana. Harta tanah itu akan ditambah kepada Chemin-A-Haut, lalu meningkatkan saiz taman kepada 750 ekar (3.0 km2).[3] Bayou Bartholomew mengandungi 115 spesies ikan, salah satu jumlah yang tertinggi di arus sungai di Amerika Utara.

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LOSP
  2. ^ 2009 Wall Calendar - 75 Years of Celebrating Louisiana's Treasures and Making Memories. Taman Negeri Louisiana. 2009.
  3. ^ "TNC Acquires Property Adjacent to Bayou Bartholomew to Expand Chemin-A-Haut State Park" (Siaran akhbar). The Nature Conservancy in Louisiana. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-09. Dicapai pada 2018-02-08.

Pautan luar

  • Taman Negeri Chemin-A-Haut – laman sesawang rasmi