Trogonoptera brookiana
Kupu-kupu Rajah Brooke | |
---|---|
Trogonoptera brookiana albescens | |
Si jantan (atas) dan betina dewasa, permukaan dorsal | |
Status pemuliharaan | |
Kurang membimbangkan (IUCN 3.1)[1] | |
CITES Appendix II (CITES)[2] | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Papilionidae |
Genus: | Trogonoptera |
Spesies: | T. brookiana |
Nama binomial | |
Trogonoptera brookiana Wallace, 1855 | |
Sinonim | |
|
Trogonoptera brookiana, iaitu kupu-kupu sayap burung Rajah Brooke,[a] ialah kupu-kupu sayap burung dari hutan hujan Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau kecil di barat Sumatera (Banyak, Simeulue, Batu dan Mentawai).[4][5] Kupu-kupu ini dinamakan oleh seorang ahli alamiah, Alfred Russel Wallace, pada 1855 sempena James Brooke, Rajah Sarawak.[5] Tumbuhan perumah bagi beluncasnya ialah Aristolochia acuminata dan A. foveolata.[6]
Yang dewasa menghirup nektar daripada tumbuhan seperti Bauhinia.[5] Si sayap burung Rajah Brooke ialah spesies terlindung tersenarai dalam Apendiks II CITES,[6][7] yang bermaksud eksport antarabangsanya dihadkan kepada mereka yang telah diberikan kebenaran. Ia kupu-kupu kebangsaan Malaysia dan lebih dikenali sebagai kupu-kupu Rajah Brooke.[8][9]
Huraian
Kededua jantina menyamai saudaranya yang lebih terbatas, iaitu si sayap burung Palawan, tetapi sayap burung Rajah Brooke jantan lebih hijau pada sayap belakangnya. Lebar sayap kupu-kupu ini ialah 15–17 cm (5.9–6.7 in).[6] Sayap si jantan kebanyakannya hitam. Setiap sayap depan ada tujuh tompok hijau elektrik berbentuk gigi, manakala pada sayap belakang ada tompok hijau yang agak besar. Kepalanya merah terang dan tubuhnya hitam dengan tompok merah. Sayap si betina pula lebih perang dengan tanda putih menonjol di hujung sayap depan dan di pangkal sayap belakang.[6]
Taksonomi
Genus: Trogonoptera Rippon, 1890
- Spesies: Trogonoptera brookiana Wallace, 1855
- Subspesies: Trogonoptera brookiana brookiana (Wallace, 1855)
- Rupa: Trogonoptera brookiana brookiana f. brookiana Wallace, 1855
- Rupa: Trogonoptera brookiana brookiana f. julijae S.Hu, 2007
- Subspesies: Trogonoptera brookiana toshikii Kobayashi, 1991
- Subspesies: Trogonoptera brookiana akikoa Morita, 1994
- Subspesies: Trogonoptera brookiana brookiana (Wallace, 1855)
- Spesies: Trogonoptera trojana Honrath, 1886
Ilustrasi
- Si jantan dari Icones Ornithopterorum jilid 2
- Si jantan (bawah)
Catatan
- ^ Inggeris: Rajah Brooke's birdwing butterfly
Rujukan
- ^ Böhm, M. (2018). "Trogonoptera brookiana". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T91184152A91184305. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T91184152A91184305.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ Wallace, Alfred Russel (1855). "Description of a new Species of Ornithoptera. Ornithoptera brookiana. Wallace". The Transactions of the Entomological Society of London. New Series. 3: 104–105.
- ^ The World of Birdwing Butterflies. Trogonoptera brookiana. Dicapai 20 Mei 2012
- ^ a b c ARKive Rajah Brooke’s birdwing. Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine Dicapai 20 Mei 2012
- ^ a b c d Butterfly Corner. Trogonoptera brookiana (Raja Brooke's Birdwing). Diarkibkan 2009-09-11 di Wayback Machine Dicapai 20 Mei 2012
- ^ CITES (3 April 2012) Appendices. Dicapai
- ^ Butterflies of Malaysia. Dicapai 20 Mei 2012
- ^ Razy Japir; Dg. Fazrinah Ag. Damit; Arthur Y.C. Chung (2021). Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 14.
- l
- b
- s