Truppenamt

Truppenamt atau 'Pejabat Trup' adalah organisasi samaran bagi Staf Am Jerman dari tahun 1919 sehingga 1935 apabila Staf Am Tentera Darat Jerman (Heer) diwujudkan semula. Dalih ini dianggap perlu bagi membolehkan Jerman dilihat memenuhi kehendak-kehendak Persetiaan Versailles. Ia sama sekali mengubah doktrin taktikal dan strategi Jerman dan dengan itu memelihara, menyegarkan semula dan menyatukan pemikiran tentera serta keupayaan Reichswehr, yang kemudiannya menjadi Wehrmacht.

Ketua-Ketua Pejabat Trup (1919–1935)

  • Mejar Jeneral Hans von Seeckt 11 Oktober 1919–26 Mac 1920
  • Mejar Jeneral Wilhelm Heye 26 Mac 1920–Februari 1923
  • Mejar Jeneral Otto Hasse Februari 1923–Oktober 1925
  • Mejar Jeneral Wilhelm Wetzell Oktober 1925–27 Januari 1927
  • Mejar Jeneral Werner von Blomberg 27 Januari 1927–30 September 1929
  • Mejar Jeneral Baron Kurt von Hammerstein–Equord 30 September 1929–31 Oktober 1930
  • Mejar Jeneral Wilhelm Adam 31 Oktober 1930–30 September 1933
  • Mejar Jeneral Ludwig Beck 1 Oktober 1933 - 1 Julai 1935

Rujukan

  • James S. Corum, 'The roots of blitzkrieg', University Press of Kansas, Kansas 1992 ISBN 0-7006-0628-9