Ular katam belang

Ular Katam Belang
Status pemuliharaan

Kurang membimbangkan  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Subfilum:
Vertebrata
Kelas:
Reptilia
Order:
Squamata
Suborder:
Serpentes
Keluarga:
Elapidae
Genus:
Bungarus
Spesies:
B. fasciatus
Nama binomial
Bungarus fasciatus
(Schneider, 1801)
Sinonim
  • Pseudoboa fasciata Schneider, 1801
  • Boa fasciata - Shaw, 1802
  • Bungarus annularis - Daudin, 1803


Ular Katam Belang (Bungarus fasciatus), [1] ialah sejenis ular berbisa dari keluarga Elapidae.

Kelakuan

Ular Katam Belang adalah pemalu dan biasanya sukar dilihat, dan merupakan haiwan keluar malam (nocturnal). Apabila diganggu, ia biasanya menyembunyikan kepalanya di bawah lingkarannya, dan pada umumnya tidak menggigit,[2] sungguhpun pada waktu malam ia lebih aktif dan dianggap lebih merbahaya pada waktu itu.

Samasa siang hari, ia berbaring dicelah rumput, lubang, atau longkang. Ular ini layu dan lembab walaupun dikacau. Ia biasanya tidak dapat dilihat semasa hujan.[3]

Galeri

Makanan

Ular Katam Belang biasanya makan ular lain, tetapi ia juga diketahu memakan ikan, katak, kodok, skinks, dan telur ular. Antara ular yang dimakan oleh Ular Katam Belang adalah:[3] -

  • Chequered keelback Xenochrophis piscator
  • Buff-striped keelback Amphiesma stolatum
  • Ular Tikus Biasa atau dhaman Ptyas mucosus
  • Ular Tikus Indo-China Ptyas korros
  • Ular Kucing Boiga trigonata.

Mangsa dimakan kepala dahulu, selepas ia dilumpuhkan menggunakan bisa.[3]


Pembiakan

Tidak banyak yang diketahui mengenai tabiat pembiakannya. Di Myanmar, seekor betina telah digali keluar ketika mengeram sarang lapan telur, empat darinya menetas pada bulan May. Anak ular direkod berukuran 298 hingga 311 mm semasa menetas. Ular ini dipercayai matang pada tahun ketiga hayatnya, pada anggaran panjang sekitar 914 mm.[4]

Rujukan

  1. ^ Perintah Pemuliharaan hiduPan liar (Pindaan Jadual) 2012
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ct
  3. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Daniels_pg134_135
  4. ^ Evans, G.H. (1906):Breeding of the banded krait (Bungarus fasciatus) in Burma. J. Bombay nat. Hist. Soc. 16:519-520 as mentioned in Daniels, J.C. (2002), Book of Indian Reptiles and Amphibians References, ser no 28, pg 219.