Wan Chai
Wan Chai | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Azwan Azlan Sabah, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, selebriti TikTok |
Tahun aktif | 2021–kini |
Wan Chai atau nama sebenarnya Mohd Azwan Azlan ialah personaliti media sosial Malaysia, selebriti TikTok dan pelakon yang berasal dari negeri Sabah. Dia yang merupakan rakan baik kepada seorang lagi selebriti TikTok iaitu Ryan Bakery, pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion Live yang ditayangkan di Astro Warna.[1][2]
Kerjaya
Wan Chai aktif menghasilkan video-video lawak pendek dan review produk di platform TikTok sejak tahun 2021. Dengan peningkatan popularitinya, dia telah mendapat beberapa tawaran projek lakonan, terutamanya dalam telemovie terbitan Astro.[3]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Geng Jin | Supertele Astro First |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | My Name is Lola | Wan Chai | TV3 | Pelakon undangan |
2024 | Budak Bedak The Series | Wan Chai | Astro Gempak | Pelakon utama |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Debunk | Sofi | Astro Citra | Watak utama |
2022 | Dendam Hantu Latah | Mustajab | Astro Warna | Watak utama |
2023 | Debunk Beraya | Sofi | Astro Citra | Watak utama |
Rancangan Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Sepahtu Reunion Live | Artis jemputan | Astro Warna | 4 Ogos 2022 (Hanya Kejujuran) |
2023 | Spontan Balik Raya | Artis jemputan | Astro Warna | 25–27 April 2023 |
2024 | Yak Yak Yey! | Artis jemputan | Astro Warna | 5 April 2024 |
Rujukan
- ^ Nur Idayu (30 July 2022). ""Inilah dikatakan sahabat sejati…" Wan Chai Menαngis Ketika Perasmian Kedai Ryan Bakery, Buat Ramai Sebαk". Berita Awani. Dicapai pada 14 February 2023.
- ^ Nur Idayu (8 August 2022). ""Gerαm pulak tengok dua ketul ni…" Gelagat Ryan Bakery & Wan Chai Sebelum & Selepas Sepahtu Reunion Buat Ramai 'Gerαm'". Berita Awani. Dicapai pada 14 February 2023.
- ^ Ain Mahthir (5 January 2023). "Popular Di Tiktok, Wan Chai Berlakon Telefilem Digelar Sarip Dol Moden". Syor.com. Dicapai pada 14 February 2023.
Pautan luar
- Wan Chai di TikTok