Xu Zhimo

Xu Zhimo
Xu Zhimo
Kelahiran(1897-01-15)15 Januari 1897
Haining, Zhejiang
Meninggal dunia19 November 1931(1931-11-19) (umur 34)
Tai'an, Shangdong
Sebab kematianNahas kapal terbang
Pusat pendidikan
  • Sekolah Tinggi Hangzhou
  • Universiti Shanghai
  • Universiti Peiyang
  • Universiti Peking
  • Universiti Columbia
  • Universiti London
  • Universiti Cambridge
PasanganZhang Youyi (k.1915)
Lu Xiaoman (k.1926)
HubunganJin Yong (sepupu)

Xu Zhimo (Bahasa Cina: 徐志摩code: zh is deprecated ; pinyin: Xú Zhìmó; Wade-Giles: Hsü Chih-mo, 15 Januari 1897 – 19 November 1931) merupakan seorang penyair China pada awal abad ke-20. Beliau terkenal memperkenalkan persuratan Cina kepada dunia Barat sambil menerapkan unsur-unsur baharu bersama bahasa Cina percakapan melahirkan gaya sastera moden yang menonjol tidak seperti yang sedia ada dalam persuratan klasik.

Beliau diberikan nama Zhangxu (章垿) dan nama kehormatan Yousen (槱森). Beliau kemudian menukar nama kehormatannya kepada Zhimo (志摩).[1]

Biografi

Zhimo anak sulung kepada Xu Shenru, seorang peniaga kain sutera. Beliau bersekolah di sekolah rendah Xiashi Kaizhi di mana beliau mahirkan diri dalam penulisan sastera klasik dan seni khat semuda usia 14 tahun.[2]

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Kolej Diraja Universiti Cambridge mempelajari sastera romantis Barat termasuk karya-karya Percy Bysshe Shelley dan Robert Burns.[3] Beliau sering bergaul mesra dan berkawan dengan ramai orang tidak mengira darjat masyarakat.[2]

Beliau menjadi jurubahasa Rabindranath Tagore semasa lawatannya ke China pada 12 April 1924.[4]

Beliau terkorban dalam nahas kemalangan yang berlaku semasa penerbangan dari Nanking ke Beijing pada 19 November 1931 untuk menghadiri syarahan seni bina Lin Huiyin;[5] di mana pesawat China Airways Federal dinaikinya terkandas dalam kabus tebal menyeberangi kawasan pergunungan Jinan, Shandong dan terhempas berdekatan.[6][7]

Rujukan

  1. ^ "Lu Xiaoman and Xu Zhimo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-07. Dicapai pada 10 November 2011.
  2. ^ a b Chen Congzhou (Feb 11, 2022). "Remembering Modern China's Greatest Poet". Sixth Tone. Dicapai pada 2024-06-07.
  3. ^ Lu Zhen (22 Dis 2023). "Xu Zhimo drawing inspiration from where he walked past". Chinese Social Sciences. Dicapai pada 2024-06-07.
  4. ^ Mukherjee, Bivash (May 8, 2010). "Tagore in China". The Hindustan Times.
  5. ^ "Liang Sicheng and Lin Huiyin, CNTV English, CCTV News".
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama eb2011
  7. ^ "Lin Huiyin & Xu Zhimo".

Bacaan lanjut

  • Encyclopædia Britannica 2004, 2005 Ultimate Reference Suite DVD, article – "Hsü Chih-mo", now available online as Xu Zhimo
  • Chen, Shan, "Xu Zhimo". Encyclopedia of China, 1st ed.
Persondata
Nama Xu, Zhimo
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Penyair dari China
Tarikh kelahiran 15 Januari 1897
Tempat kelahiran Haining, Zhejiang, China
Tarikh kematian 19 November 1931
Tempat kematian Tai'an, Shandong, China
  • l
  • b
  • s