Yalal Chin

Yalal Chin
Kelahiran
Yalal bin Abu Chin

1943 (1943)
Alor Gajah, Melaka
Meninggal dunia15 Oktober 2010(2010-10-15) (umur 66–67)
Sebab kematianSerangan jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka
Nama lainYalal Chin
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1992–2010
Kampung asalMelaka

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin (1943 – 15 Oktober 2010) adalah pelakon filem dan dramatis terkenal di Malaysia.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada tahun 1943 dan berasal dari Melaka. Beliau pernah menjadi pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengajar seni persembahan

Kerjaya

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama[1], Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. Selain itu adalah telefilem Aku Yang Aku Cari arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Wanita Bertudung Hitam Ahmad Tabra Filem pertama
2003 Paloh Hassan
2011 Misteri Jalan Lama Pak Cik Gerai Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Ezora Tony TV3
Abadi Sebuah Cinta
2009 Wadi Unung Astro Prima
Jongkang Jongkit Tuan Zain Astro Warna
2010 Crossings ntv7 Drama terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Aku Yang Aku Cari TV1
2010 Bagaikan Sumayyah TV3 Telefilem terakhir

Meninggal dunia

Pada 15 Oktober 2010 beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.[2] Beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu. Balu beliau iaitu Suriani Mohd Yusof.[3] Jenazah dibawa ke kampung halamannnya di Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka.[4]

Rujukan

  1. ^ Arwah beri isyarat.
  2. ^ Belasungkawa Yalal Chin: Perginya Guru Lakonan Yang Disegani.
  3. ^ SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa, Oleh KEMALIA OTHMAN[pautan mati kekal]
  4. ^ Yalal Chin komited dengan lakonan

Pautan luar