A. Aida Production Sdn. Bhd. merupakan syarikat produksi drama, filem dan telefilem Malaysia, yang diasaskan oleh Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A. Aida sejak 2003.[1] Pejabat A. Aida Production terletak di Wisma Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.[2]
Sejarah
A. Aida Production Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 10 April 2003 yang di terajui oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' Zaidah Awang atau dikenali sebagai A. Aida dan dibantu oleh Zakaria Awang atau dikenali sebagai BOH. Pengarah Muzik ialah Eddie Hamid. Penerbit Eksekutif ialah Mohd Fariz bin Che Aziz.