Bahasa Melayu Johor

Bahasa Melayu Johor (Bahase Joho) merupakan bahasa lisan setempat yang dipertuturkan di negeri Johor, kecuali Mersing dan Tanjung Sedili yang kebanyakannya menggunakan Bahasa Melayu Terengganu.

Bahasa Melayu Johor tergolong dalam Bahasa Melayu Johor-Riau. Dialek ini juga dipertuturkan di luar Johor iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebahagian Perak, yang mana ia berevolusi menjadi satu subset yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Selangor.

Bahasa Melayu Johor
بهاس ملايو جوهر
Bahasa Johor
SebutanBahase Joho
Asli kepada Malaysia
Kawasan Johor
EtnikOrang Melayu Johor
Penutur bahasa
2,232,586
Keluarga bahasa
Austronesia
  • Melayu-Polinesia
    • Melayu-Chamik
      • Melayu
        • Bahasa Melayu Johor-Riau
          • Bahasa Melayu Johor
            بهاس ملايو جوهر
Bentuk awal
Melayu Kuno
Sistem penulisan
Kod bahasa
ISO 639-3

Tentang Dialek Johor

Bahasa Melayu Johor mempunyai ragaman yang tersendiri. Biasanya penduduk Johor yang tinggal di pesisiran pantai barat mempunyai variasi dialek Johor yang tersendiri iaitu dialek Muar. Dialek Muar banyak menggunakan bunyi "o'' di belakang dengan menukar daripada ''ar'' seperti "besar" jadi "beso" dan sebagainya. Daerah lain selain daripada dialek Muar pula menggunakan dialek asli Johor yang sama dituturkan oleh penduduk Kepulauan Riau, Indonesia. Buktinya pernah terbentuk Kesultanan Johor-Riau yang menjadikan pertuturan dialek yang cukup kental sehingga kini meskipun Johor dan Kepulauan Riau telah terpisah dan membentuk identiti kebangsaan sendiri. Dialek ini disebut sebagai dialek Johor-Riau yang dikenali dengan penggunaan bunyi e pepet di belakang seperti "saya" kepada "saye", "kenapa" kepada "kenape", "kepada" kepada "kepade" dan seumpamanya, serta pengguguran bunyi ''r'' di belakang, misalnya "gemar" kepada "gema", "sayur" kepada "sayo" dan lain-lain. Dialek ini mempunyai penutur yang terbesar di Malaysia, sehinggakan ia menjadi dialek piawai secara de facto. Penutur selain negeri Johor yang menggunakan dialek ini ialah negeri Selangor, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selatan Perak (daerah-daerah Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk).

Penduduk yang tinggal di pantai timur Johor (Mersing dan Tanjung Sedili di Kota Tinggi) lazimnya menuturkan dialek Terengganu.

Perbezaan kosa kata

Bahasa Melayu Johor Bahasa Melayu Standard
Anu Kata ganti nama, perbuatan negatif seperti pukul dan usik
Jini Kamu/Awak
Kasi Beri/Bagi
Pak kal Nasiblah
Semangka Tembikai
Kopek Buka
Taruk Letak
Nengok Tengok
Oter Ubah
Kememeh Suka menangis
Sarap Sarapan
Ngeteh Minum teh
Joho Johor Bahru
Tak semenggah Tak senonoh
Dedo Nak demam
Longgo Longgar
Sokabo Suruh khabar (pertanyaan yang akan disampaikan)
Sokkabo Surat khabar
Kecoh/Rio Riuh
Kecur/Keco Terliur
Terejal Nakal
Sogame Sekolah agama
Saing Bersama-sama
Kain sal Tuala
Ghobok/Gobok Robok
Ghoboh/Goboh Roboh
Gerobok Almari
Gebo Selimut
Esbok (dari perkataan Inggeris iceboxcode: en is deprecated ) Peti sejuk/Peti ais
Tegak Lurus

Rujukan