Bahasa Melayu Johor-Riau

Bahasa Melayu Johor-Riau
بهاس ملايو جوهر-رياو
Bahasa Johor-Riau
SebutanBahase Joho-Riau
Asli kepada Malaysia, Indonesia, Singapura
Kawasan Johor, Pahang, Kepulauan Riau, Riau, Perak, Selangor, Melaka
EtnikOrang Melayu Johor dan Orang Melayu Riau
Keluarga bahasa
Austronesia
  • Melayu-Polinesia
    • Melayu-Chamik
      • Melayu
        • Bahasa Melayu Johor
          • Bahasa Melayu Riau
            • Bahasa Melayu Johor-Riau
              بهاس ملايو جوهر-رياو
Bentuk awal
Melayu Kuno
Sistem penulisan
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Johor-Riau (Jawi: بهاس ملايو جوهر-رياوcode: ms is deprecated ) atau Bahase Joho-Riau ialah Bahasa Melayu (piawai lama) yang dipertuturkan ketika Kesultanan Melaka dan selepas kejatuhan Kesultanan Melaka ,kemudian beralih kepada Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau, sebahagian Sumatera Selatan, Borneo dan berkembang di Asia Tenggara.

Peta Johor-Pahang-Riau-Lingga
Peta Kesultanan Melaka

Bahasa Johor-Riau pada awalnya kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik pada era Kesultanan Melaka. Pada akhirnya bahasa ini berpecah menjadi Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau . Selepas negara Malaysia dan Indonesia wujud , Bahasa Johor-Riau dan Bahasa Melayu Johor terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Piawai kemudian dicipta lagi satu bahasa iaitu Bahasa Melayu Malaysia ,manakala Bahasa Melayu Riau terus berkembang menjadi Bahasa Melayu Indonesia.

Perkembangan Bahasa Johor-Riau

Bahasa Johor-Riau ketika itu menjadi bahasa Melayu piawai atau bahasa rasmi bagi urusan istana dan bahasa perantara pada era kesultanan Melaka. Bahasa ini lebih berkedudukan sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan ia berkembang sehingga ke Asia Tenggara. Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka ketika penguasaan Belanda-British, bahasa Johor-Riau berpecah menjadi pelbagai dialek di kawasan Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Riau, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga, Kepulauan Bangka dan Kepulauan Belitung. Dialek-dialek ini masih dipertuturkan di kawasan masing-masing hingga hari ini.

Ketika era Johor moden terhasil Bahasa Melayu Piawai (baharu) , manakala era Riau moden terhasil Bahasa Melayu Riau yang dipertuturkan di Riau dan Kepulauan Riau.

Malaysia

Di Malaya ketika itu masih mempertahankan Bahasa Melayu Johor-Riau (piawai lama) sebagai bahasa perantara sebelum merdeka. Pada 22 Jun 1956 tertubuhnya Balai Pustaka berpusat di Johor Bahru. Balai Pustaka dibina untuk tujuan penyelidikan Bahasa Melayu dan mereka telah mencipta Bahasa Piawai yang baharu iaitu Bahasa Melayu Piawai (piawai baharu). Bahasa ini diambil daripada Bahasa Johor-Riau, Bahasa Portugis (lama), Bahasa Belanda (lama), Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris abad 19-20. Pada tahun 1957 selepas tertubuhnya Malaysia dan merdeka, nama Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa Pustaka dan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada 1986 Tunku Abdul Rahman,Persekutuan Malaysia pada ketika itu mencipta lagi satu Bahasa iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu Malaysia yang kosa katanya lebih berkembang menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. Malaysia sebenarnya menggunakan Bahasa Melayu Piawai (baharu) dan Bahasa Malaysia. Antara insan yang pada awalnya mengembangkan Bahasa Melayu Piawai ialah Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) dan Abdullah Abdul Kadir Munshi (Munshi).

Indonesia

Di Riau dan Kepulauan Riau pada awalnya menggunakan Bahasa Johor-Riau, kemudian seiring waktu berjalan, ada seorang ulama,pujangga serta sejarahwan telah mencipta Bahasa Melayu Riau di Pulau Penyengat iaitu Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (Raja Ali Haji). Bahasa Melayu Riau pada awalnya dicipta untuk berbicara di kawasan jajahan Belanda pada abad 19 ketika sebelum merdeka, juga merupakan Bahasa Melayu Piawai mereka. Semasa pra kemerdekaan Indonesia, Presiden Soekarno mencari idea bagaimana rakyat Indonesia boleh memahami satu sama lain dengan mengadakan pertandingan mencipta bahasa. Ada seorang wartawan daripada Madura iaitu Mohammad Tabrani Soerjowitjirto telah mencipta Bahasa Indonesia, bahasa ini diambil daripada Bahasa Melayu Riau serta ada campuran Bahasa Belanda, Bahasa Portugis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan dialek etnik lain di Indonesia. Walaupun etnik Jawa lebih ramai tetapi Bahasa Jawa susah untuk difahami berbanding Bahasa Melayu Riau ketika itu sudah menjadi bahasa Piawai.

Dialek Johor-Riau

Dialek Johor

Bahasa Melayu Johor mempunyai ragaman yang tersendiri. Biasanya penduduk Johor yang tinggal di pesisiran pantai barat mempunyai variasi dialek Johor yang tersendiri iaitu dialek Muar. Dialek Muar banyak menyebut "o'' di belakang dengan menukar daripada ''ar'' seperti besar jadi beso dan sebagainya. Daerah lain selain daripada dialek Muar pula menggunakan dialek asli Johor yang sama dituturkan oleh penduduk Kepulauan Riau dan Riau di Indonesia ialah Bahasa Melayu Riau ianya cabang daripada Bahasa Johor-Riau. Buktinya pernah terbentuk Kesultanan Johor-Riau yang menjadikan pertuturan dialek yang cukup kental sehingga kini meskipun Johor dan Kepulauan Riau telah terpisah dan membentuk identiti kebangsaan sendiri. Dialek ini disebut sebagai dialek Johor-Riau dengan menyebut ''e'' di belakang seperti saya kepada saye. Dialek ini mempunyai penutur yang terbesar di Malaysia. Penutur selain negeri Johor yang menggunakan dialek ini ialah negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selatan Perak ( daerah Batang Padang dengan Hilir Perak ). Penduduk Johor yang tinggal di Mersing dikatakan menuturkan dialek Kuala Terengganu. Meskipun bahasa melayu ialah bahasa rasmi persekutuan namun bangsa lain dibenarkan untuk menuturkan bahasa masing-masing.

Loghat/Dialek Johor

Bahasa Melayu Johor boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek Bahasa Melayu (piawai),

Bahasa Melayu Johor Bahasa Melayu Standard
Pak kal Nasib
Semangka/semangke Tembikai
Kopek Buka
Taruk Letak
Nengok Tengok
Oter Ubah
Kememeh Suka menangis
Sarap Sarapan
Johor Johor Bahru
Tak semenggah Tak senonoh
Dedo Nak demam
Longgo Longgar
Gebor Selimut
Esbok Peti Ais/Peti Sejuk
Ghoboh/Goboh Roboh
Ghobok/Gobok Robok
Sogama Sekolah agama
Sokkabo Surat khabar
Kecur Terliur
Terejal Nakal
Bagi/Beri Bak/Bak sini
Kecik/Cenonet Kecil/Sikit

Dialek Riau

Bahasa Melayu Riau memiliki tujuh dialek utama, yang terdiri dari:

  1. Bahasa Melayu Riau[1]
  2. Bahasa Melayu Kuantan Singingi[2][3]
  3. Bahasa Melayu Pangaraian[4]
  4. Bahasa Melayu Riau Pesisir[5]
  5. Bahasa Melayu Rokan[6]
  6. Bahasa Melayu Siak[7]
  7. Bahasa Melayu Tembilahan[8]

Perbandingan antara dialek Johor-Riau

Bahasa Melayu/Piawai Bahasa Melayu Johor Bahasa Melayu Selangor Bahasa Melayu Singapura Bahasa Melayu Riau Bahasa Melayu Kuantan Singingi Bahasa Melayu Pangaraian Bahasa Melayu Riau Pesisir Bahasa Rokan Hilir Bahasa Melayu Siak Bahasa Melayu Tembilahan
Diri (kamu/saya) kau awak kau awak awak awak awak awak
Pulang/Kembali balik, balek balik, balek balek baleik balek balek
Betul/Benar betol betol/benaw betol betol beno bena
Besar Beso besaw/besow besar/besak besa beso besa
Anak kecil/Budak budak kecik budak kecik budak/anak budak budak anak, budak
Kecil kecik/Ceconet kecik kecik/kecil kecik kecik kecik
Kedai Kedai kedai kedai kedai kedai kedai
Cantik/Lawah lawa/lawo lawa lawa lawe lawo lawe
Seperti macam macam macam macam macam macam
Bagaimana macam mane/cemane macam mane/cemane macam mane, camane macam mane, cemane macam mano, camano macam mane, cemane
(Mak saudara)/Pasangan makcik, makwe makcik, makwe makcik, makwe makcik, makwe makcik, makwo uwak bini
Gatal miang miang miang miang miang miang
Kamu kau/ko/awak/jini kau/ko/awak mike mike miko mike, pian
Hendak/Ingin nak nak nak nak nak nak, handak
Pahit pahit pahit/pahet peda pede pedo pede
Pergi pegi/gi pegi/gi pegi pegi pegi pegi
Pasar Pasa/Paso Pasaw/Pasow Pasa, Paso pasar, pekan pasa paso pasa
Saya/Aku aku, saye aku, saye sahaye, saye saye sayo saye
Cagu Cagu Cagu sebayan sebayan sebayan sebayan

Rujukan

  1. ^ Malik, H. Abdul (2020). "Bahasa Melayu Kepulauan Riau Sebagai Bahasa Ibu" (PDF). fkip.umrah.ac.id (dalam bahasa Indonesia). Tanjungpinang, Indonesia: Universitas Maritim Raja Ali Haji. Dicapai pada 02-02-2024. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama atlantis-press.com
  3. ^ Ruswan, Ruswan; M.S., Suwardi M.S., Suwardi; Abnadani, Latifah Abnadani, Latifah (1986). "Struktur Bahasa Melayu Dialek Kuantan (1986)". repositori.perpustakaan.kemdikbud.go.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-26.
  4. ^ Struktur bahasa Melayu Riau dialek Pangaraian (dalam bahasa Indonesia). 1990. ISBN 9794590665.
  5. ^ Struktur bahasa Melayu Riau dialek pesisir (dalam bahasa Indonesia). 1991. ISBN 9794591041.
  6. ^ Struktur Bahasa Melayu Riau Dialek Rokan Hilir. Pekanbaru: Balai Bahasa Provinsi Riau. 2005.
  7. ^ Said Zaki (29 September 2015). "Aneka Dialek Melayu Riau" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 June 2022.
  8. ^ Lenayati (2004). Perbandingan Fonem Bahasa Melayu Tembilahan dan Melayu Mandah di Tembilahan. lib.fib.unilak.ac.id (dalam bahasa Indonesia). Pekanbaru : Unilak Press. Dicapai pada 20 Februari 2023.