Bahasa Melayu Melaka

Bahasa Melayu Melaka
بهاس ملايو ملاك
Bahasa Melaka
SebutanBahase Melake
Asli kepada Melaka,
Kawasansempadan Negeri Sembilan dan Muar
EtnikOrang Melayu Melaka
Penutur bahasa
550,457
Keluarga bahasa
Austronesia
  • Melayu-Polinesia
    • Bahasa Melayu
      • Bahasa-bahasa Melayu Tempatan
        • Bahasa Melayu Melaka
          بهاس ملايو ملاك
Bentuk awal
Melayu Kuno
Sistem penulisan
  • Tulisan Rumi
  • Tulisan Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Melaka (Bahase Melake) merupakan dialek bahasa Melayu setempat yang dipertuturkan di negeri Melaka ,sempadan Negeri Sembilan dan sebahagian Muar pada era moden.

Bahasa ini mempunyai keunikan iaitu apa sahaja perkataan yang akhiran ar akan ditukar menjadi au contoh perkataan tukar ditukar menjadi tukau. Bahasa ini dikenali sebagai bahasa paling kasar di Malaysia, banyak perkataan-perkataan cacian atau makian di Bahasa Melayu dipercayai berasal dari Bahasa Melaka. Seperti Bahasa Selangor atau Bahasa Johor-Riau bahasa ini juga mengubah sebutan akhiran A menjadi E pepet namun disebut dengan intonasi lebih panjang contoh Ape dieeee.

Sejarah

Peta Kesultanan Melaka

Bahasa Melayu Melaka pada awalnya digunakan ketika zaman Kesultanan Melaka iaitu bersama Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu(Bahasa Melayu Baku). Bahasa Melayu Melaka terus berkembang apabila wilayah Kesultanan Melaka menaungi sebahagian Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. pedagang Tanah Besar China dan India berhijrah ke Kota Melaka iaitu etnik Peranakan Cina dan Peranakan India bernama Baba Nyonya dan Chetty mereka mencipta Bahasa Baba dan Bahasa Chetty. Kesultanan Melaka berlaku apabila Portugis menyerang Kota Melaka pada akhir abad 16.

Setelah kejatuhan Kesultanan Melaka ia beralih kepada Kesultanan Johor-Riau. Bahasa Melayu Melaka ketika itu berkembang menjadi Bahasa Melayu Johor-Riau sehingga perpecahan bahasa berlaku pada era pra-merdeka. Penduduk Melaka tetap meneruskan Bahasa Melayu Melaka sehingga kini tetapi ada berlaku sedikit pertambahan kata dan intonasi.

Perbezaan Kosa Kata

Bahasa Melaka Bahasa Melayu Standard
Hawau
Ulau Ular
Kerane Kerana
Pagau Pagar
Muke Muka
Kensal Tuala
Kahau Cakap Kasar

Rujukan