Muhaimin Sulam

Dr. Muhaimin Sulam ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Jawatankuasa AMANAH Pusat.

Dr.

Muhaimin Sulam

PhD
Ahli Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penjawat kini
Memegang jawatan
2024
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Fadhlina Sidek
Ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak
Penjawat kini
Memegang jawatan
2024
Menteri Besar Saarani Mohamad
Butiran peribadi
Parti politik (2015-kini)
(-2015)
Alma materUniversiti Malaya (BA)
University of Wales Trinity St. David (PhD)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Akademik

Latar Belakang

Dr. Muhaimin Sulam dilahirkan di negeri Perak dan bergiat aktif sebagai penulis buku dan juga seorang kolumnis di beberapa buah akhbar. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di beberapa buah universiti tempatan. Yang terakhir ialah di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Perkhidmatan beliau sebagai pensyarah Universiti swasta membenarkan beliau bergerak aktif dalam politik. Beliau memegang beberapa buah jawatan ketika dalam PAS dan salah satu pengasas AMANAH. Beliau sehingga kini menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa AMANAH Pusat.

Politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Ketika dalam PAS, jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Sukan PAS. Beliau merupakan antara kumpulan profesional atau kumpulan prodemokrasi yang progresif dan sederhana yang telah mendominasi kepimpinan PAS Pusat bermula dari tahun 2011 hingga 2015. Kumpulan ini wujud kerana pendekatan dan pemikiran mereka yang berbeza dengan kumpulan Ulama atau kumpulan Konservatif Islam yang lebih radikal.

Selain daripada beliau, antara kepimpinan PAS selama dua penggal ini yang dilabel kumpulan profesional ialah Mohamad Sabu (Timbalan Presiden), Salahuddin Ayub dan Husam Musa (Naib Presiden), Mujahid Yusof, Hatta Ramli, Khalid Abdul Samad, Kamaruddin Jaafar, Siti Mariah Mahmud, Mohammad Nizar Jamaluddin, Suhaizan Kaiat, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Amiruddin Hamzah, Mohamed Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Asmuni Awi, Zulkefly Mohamad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. Pesuruhjaya PAS Negeri pula ialah Mahfuz Omar (Kedah), Mohamad Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor).

Kesemua nama di atas telah digugurkan daripada Kepimpinan PAS Pusat dan Negeri kecuali Mazlan Aliman. Mereka membantah tindakan kumpulan Konservatif/Ulama PAS yang ingin memutuskan hubungan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pakatan Rakyat. Sandaran mereka disebabkan jika ingin memerintah Malaysia, PAS hendaklah memperoleh sokongan daripada pengundi bukan Islam dan tidak boleh bergantung harap pada pengundi Islam sahaja semata-mata. Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan PAS yang tergesa-gesa membentangkan Enakmen Kanun Syariah Kelantan yang menyebabkan pemimpin DAP membantahnya secara terbuka. Kumpulan Profesional ini mahukan PAS mengambil jalan toleransi dan bertolak ansur bersesuaian dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Berlaku juga keretakan di antara PAS dan PKR ketika krisis Menteri Besar Selangor 2014. PKR ingin menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor namun tidak mendapat persetujuan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Beliau mahu 4 EXCO PAS Selangor kekal menyokong Abdul Khalid, walaubagaimanapun PKR telah mendapat sokongan daripada seluruh ADUN-nya dan juga kesemua ADUN DAP serta 2 ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Presiden PAS menggelarkan kedua ADUN PAS itu sebagai broker dan barua kerana tidak mengikut perintahnya. Akhirnya, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu. Tiga ADUN PAS angkat sumpah jawatan EXCO Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. Meskipun PAS putuskan hubungan dengan DAP dan AMANAH diwujudkan, ketiga-tiga EXCO PAS Selangor dikekalkan di bawah Azmin Ali.

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Pada tahun 2015, PAS mengadakan Muktamar PAS 2015 di Kuala Selangor, Selangor. Kumpulan Ulama/Konservatif PAS yang diterajui Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi menang kepimpinan PAS mengalahkan kumpulan Profesional/Prodemokrasi Ahmad Awang dan Mohamad Sabu. Kumpulan ini mengaku kalah dan kekal berada di dalam PAS untuk beberapa bulan. Tidak lama wujud Deklarasi Melawati, Gombak dan Deklarasi Bakri, Johor. Kedua-duanya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara pada 16 September 2015 sebagai sebuah parti Islam baharu yang lebih progresif dan sederhana. Dr. Muhaimin yang merupakan anggota PAS Pasir Salak dan juga memegang jawatan di peringkat PAS Perak bertindak melepaskan jawatan dan meninggalkan parti.

Karya

  • AMANAH Mekar Dalam Api (2023)
  • Ustaz Sulam, Potret Seorang Ulama (2023)
  • Menang dan Terbuang (2021)
  • Akar Bangsa Budaya, Nararif dan Identiti (2019)
  • 3 Tun Dalam Otak Melayu (2016)
  • Pembunuhan di Tanah Pekebunan (2016)
  • Aku Melayu di Kota Inggeris (2012)
  • Mat Indera, Petualang dan Pejuang (2012)
  • Diari Lokap Black 14 (2000)