Zaliha Mustafa
YB Dr. Zaliha Mustafa AP; MD (UKM) | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Shahidan Kassim |
Menteri Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Sekijang, Johor | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Natrah Ismail |
Majoriti | 1,734 (PRU-15) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1964-06-28) 28 Jun 1964 (umur 60) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Dr. Ahmad Adzlan Musa |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia (MD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
YB Dr. Zaliha Mustafa (lahir 28 Jun 1964) ialah ahli Parlimen bagi Sekijang, Johor yang menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu.[1] Beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim dari 3 Disember 2022 hingga 12 Disember 2023. Beliau mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan menduduki SPM pada tahun 1981.
Beliau kini ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPP) dalam partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen Pakatan Harapan.[2]
Kerjaya politik
Menteri Kesihatan (2022-2023)
Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalam kabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[3] Pendahulunya Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[4] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[5]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) (2023 - kini)
Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P141 Sekijang | Zaliha Mustafa (PKR) | 18,941 | 39.27% | Md Salleheen Mohamad (UMNO) | 17,207 | 35.67% | 48,237 | 1,734 | 75.39% | ||
Uzzair Ismail (BERSATU) | 11,612 | 24.07% | ||||||||||
Mohd Zohar Ahmad (WARISAN) | 339 | 0.70% | ||||||||||
Mohd Saiful Faizal Abdul Halim (PEJUANG) | 138 | 0.29% |
Rujukan
- ^ Calon PRU Zaliha Mustafa
- ^ "Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan". Berita Harian. 2022-12-02. Dicapai pada 2022-12-02.
- ^ "Dr. Zaliha jadi Menteri Kesihatan". Utusan Malaysia. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Khairy congratulates newly-appointed successor, hopes she will uphold excellent public health system". The Star. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Health Minister to oversee public health issues, healthcare services and facilities". The Star. 3 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s