Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan. Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.
Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin iaitu putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz[1] dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.[1] Gubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.[2]
Bahagian Lirik "Musuhnya habis binasa" daripada lagu itu berfungsi sebagai moto untuk pasukan bola sepak negeri, Negeri Sembilan FA.
Lirik
Versi Terkini
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan [3]
Bahasa Melayu [4][5]
Tulisan Jawi
Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, [4][5]
Kurniai sihat dan makmur, [4][5]
Kasihi rakyat, lanjutkan umur! [4][5]
Akan berkati sekalian yang setia, [4][5]
Musuhnya habis binasa! [4][5]
Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. [4][5]
^ abChitra S. Nathan (30 October 2010). "Prince fine-tunes Negri Sembilan anthem". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"Lagu kebesaran negeri digubah semula". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 25 Jun 2016.
^Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
^ abcdefgLyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Sembilan - Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
^ abcdefgOh Lirik. "Lagu Negeri Sembilan - Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
Pautan luar
Sejarah negeri-negeri Malaysia (dari laman national-anthems.org)
Kenali Negeri Sembilan (dari laman Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan[pautan mati kekal]
l
b
s
Negeri Sembilan Darul Khusus
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti